Jumlah individu direman kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat pada Rabu.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, seramai 26 individu direman manakala 91 lagi dikenakan kompaun atas pelbagai kesalahan.

Berikut lima tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan:

1) 26 individu direman, 91 lagi dikenakan kompaun kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2) 24 individu ditahan kerana terlibat dalam aktiviti pelacuran.

3) Sebanyak 12,860 premis telah disanitasi yang terdiri daripada 2,699 pusat perniagaan, 5,659 bangunan kerajaan, 1,594 kawasan perumahan termasuk PPR, 2,554 tempat awam dan 354 pasar raya.

4) Sebanyak 64 sekatan jalan raya telah dijalankan dalam Operasi Benteng di seluruh negara dan 25,333 buah kenderaan telah diperiksa.

5) 992 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP dan mendapati 980 premis mematuhi SOP yang ditetapkan manakala 11 premis diberi nasihat, dan 1 premis diberi amaran kerana tidak patuh SOP.