awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti pinda akta tertentu perketat hukuman kes curi kabel - Saifuddin Nasution
Kes kebakaran terbuka di Melaka melonjak lima kali ganda
Tom Cruise dilaporkan tinggalkan kediaman mewah di London kerana bimbang keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu fitnah Tabung Haji mohon maaf

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2016
08:26 MYT
Individu fitnah Tabung Haji mohon maaf
Pihak Tabung Haji menyeru orang ramai menyelidik terlebih dahulu ketepatan sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya. - Gambar fail
Lembaga Tabung Haji (TH) nafi pembabitannya dalam pendebitan keluar wang dari akaun pendeposit TH bagi membayar pinjaman PTPTN seperti yang viral di media sosial.
Dalam satu kenyataan media hari ini, TH memaklumkan maklumat yang disebarkan adalah tidak benar dan berunsur fitnah.
"TH tidak ada sebarang usahasama berkaitan pembayaran pinjaman dengan PTPTN dan semua pendebitan wang keluar perlulah dengan arahan dan persetujuan pendeposit sendiri," kata TH.
Pihak terbabit juga telah tampil memohon maaf kepada TH hari ini melalui surat dan juga di laman sosial.
Dalam surat bertarikh hari ini, seorang individu bernama Ahmad Rodzi Che Hat telah menghantar surat permohonan maaf kepada pihak TH di atas kes viral tersebut.
Perbualan antara Ahmad Rodzi dan menantunya di aplikasi Whatsapp antara lain menyebut pendebitan keluar wang dari akaun simpanan TH bagi membayar pinjaman PTPTN telah viral di media sosial pada Isnin.
Surat permohonan maaf daripada Ahmad Rodzi itu antara lain menyatakan:
"Hal ini merujuk kepada kes viral perbualan saya dan anak menantu di aplikasi (WhatsApp) yang berlaku pada 11.04.2016 dan telah diviralkan dengan pelbagai spekulasi tambahan yang memburukkan nama Tabung Haji oleh piihak yang tidak bertanggungjawab yang membabitkan nama Lembaga Tabung Haji Malaysia.
"Dengan ini, sekali lagi saya memohon maaf kepada pihak Lembaga Tabung Haji Malaysia di atas kesilapan saya. Segala kesulitan amat dikesali".
Justeru itu, pihak TH menyeru orang ramai menyelidik terlebih dahulu ketepatan sesuatu maklumat sebelum menyebarkannya.
"Penyebaran maklumat yang tidak tepat seumpama ini memberi impak negatif kepada TH serta mengelirukan para pendeposit," ujar TH.
Topic Berkaitan
#Ahmad Rodzi Che Hat
#fitnah Tabung Haji
#PTPTN
#Tabung Haji
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan