awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
Lima sekeluarga disamun, barang kemas bernilai kira-kira RM130,000 dilarikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu hadir meyuarat di JPM disahkan positif COVID-19, kontak rapat dikenal pasti

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
05/10/2020
08:47 MYT
Individu hadir meyuarat di JPM disahkan positif COVID-19, kontak rapat dikenal pasti
KKM sedang menjalankan pengesanan dan siasatan kontak, termasuk saringan gejala dan menjalankan ujian calitan bagi pengesanan jangkitan COVID-19.
KUALA LUMPUR :Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang individu yang menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu (3 Oktober 2020), positif COVID-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memberitahu, ketika menghadiri mesyuarat itu, individu terbabit tidak mengalami sebarang gejala jangkitan COVID-19.
Menurutnya, selepas disahkan positif, beliau dimasukkan ke hospital untuk pengasingan, pemerhatian dan rawatan susulan.
"KKM sedang menjalankan pengesanan dan siasatan kontak, termasuk saringan gejala dan menjalankan ujian calitan bagi pengesanan jangkitan COVID-19.
"Kita juga telah mengenal pasti kontak rapat individu terbabit dan telah diberikan Surat Perintah Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh akhir pendedahan (kontak)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, Noor Hisham memberitahu, kesemua yang hadir ke mesyuarat tersebut telah menjalani saringan kesihatan serta diambil sampel untuk ujian pengesanan jangkitan COVID-19, pada Isnin.
Katanya, mereka yang dikenal pasti mempunyai kontak rapat ketika mesyuarat itu telah diberikan notis HSO selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober 2020 dan dipakaikan gelang pengawasan.
Sementara itu jelasnya, ahli mesyuarat yang lain yang tidak mempunyai kontak rapat dikehendaki memantau status kesihatan kendiri di rumah setiap hari selama 14 hari dengan menggunakan home assessment tool (HAT) menerusi aplikasi MySejahtera.
"Mereka telah dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan tersebut," jelasnya.
Ekoran itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak khuatir dan tidak membuat sebarang spekulasi.
"Orang ramai akan dimaklumkan mengenai status jangkitan COVID-19 di Malaysia dari semasa ke semasa," tambahnya.
BACA: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri positif COVID-19
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kuarantin
#Jabatan Perdana Menteri
#PKPP
#PKP
#RMCO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan