awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu jalani isolasi di rumah, PKRC akan divaksin sebaik selesai kuarantin

Bernama
Bernama
22/09/2021
21:30 MYT
Individu jalani isolasi di rumah, PKRC akan divaksin sebaik selesai kuarantin
Menurut Dr Izani, strategi itu adalah bagi mempercepatkan usaha kerajaan negeri untuk mencapai imuniti kelompok.
KOTA BHARU: Setiap individu yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Kelantan yang belum menerima vaksin COVID-19 akan menerima suntikan itu sebaik mereka dibenarkan pulang ke rumah.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri Dr Izani Husin berkata strategi itu adalah bagi mempercepatkan usaha kerajaan negeri untuk mencapai imuniti kelompok.
Beliau berkata bagi individu yang menjalani arahan kuarantin di rumah (HIO) juga akan diminta supaya divaksinasi sebaik mereka hadir ke pejabat kesihatan ketika memotong gelang merah jambu.
"Sebenarnya kerajaan sudah melakukan pelbagai kaedah dalam memastikan setiap individu mendapat vaksin.
"Mana-mana yang belum divaksin diharap segera tampil ke mana-mana pusat pemberian vaksin (PPV) yang kini dibuka secara jumpa terus bertujuan memudahkan orang ramai," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim, di sini pada Rabu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Zaini Hussin berkata seramai 17,000 remaja berusia 16 dan 17 tahun di negeri ini sudah mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 yang dilaksanakan sejak Isnin.
Katanya, program vaksinasi itu dilaksanakan secara jumpa terus dan ada juga yang dijalankan mengikut sekolah tempat mereka belajar seperti di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa, MRSM Pasir Tumboh serta Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PKRC
#COVID-19
#vaksin
#Dr Izani Husin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan