KUCHING: Individu dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang lengkap vaksinasi COVID-19 tidak lagi perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak untuk memasuki negeri itu berkuat kuasa Isnin ini, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.
JPBN Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan individu yang ingin memasuki Sarawak hanya perlu mengisi Borang Deklarasi e-Health (eHDF), tidak diwajibkan menjalani saringan COVID-19, wajib memiliki bukti status lengkap vaksinasi serta wajib memiliki status 'Risiko Rendah' atau 'Kontak Kasual Tidak Bergejala' sahaja dalam aplikasi MySejahtera.
Bagi individu yang tiada atau tidak lengkap divaksin dan ingin memasuki Sarawak, mereka wajib membuat permohonan melalui EnterSarawak dan membuat saringan ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) atau Rapid Antigen (RTK Antigen) dalam tempoh tiga hari sebelum memasuki Sarawak.
"Selain itu, mereka perlu menjalani kuarantin di rumah atau stesen kuarantin selama 10 hari manakala kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlu membuat saringan COVID-19 sekiranya memasuki Sarawak bersama ibu bapa atau penjaga yang tidak lengkap vaksinasi," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, bagi pengembara dari luar negara, mereka wajib membuat permohonan dalam EnterSarawak, perlu mengisi eHDF dan membuat saringan ujian RT-PCR dalam tempoh tiga hari sebelum memasuki Malaysia.
"Hanya pengembara dari luar negara yang memiliki status lengkap vaksinasi dibenarkan untuk transit ke Sarawak dalam tempoh 24 jam. Tempoh kuarantin adalah tujuh hari dari tarikh kemasukan ke Malaysia bagi pengembara yang lengkap divaksin dan 10 hari bagi yang tiada atau tidak lengkap divaksin," menurut JPBN Sarawak.
Mengenai perkembangan harian COVID-19, JPBN Sarawak memaklumkan hanya 28 daripada 1,055 kes positif COVID-19 di negeri itu melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator manakala baki 1,027 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan.
Selain itu, 12 kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini yang bermula sejak 4 hingga 15 Okt manakala jumlah kluster yang aktif adalah 57.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021
Individu dari Semenanjung, Sabah dan Labuan yang lengkap vaksinasi COVID-19 tidak lagi perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak untuk memasuki negeri itu berkuat kuasa Isnin ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pemasangan 'feeder pillar' baharu di Jalan Kepong-Kuala Selangor bermula Jun ini
Pemasangan feeder pillar melibatkan peruntukan sebanyak RM500,000 itu akan ditempatkan di kawasan terang dan terdedah kepada orang awam.
Ditembak lima kali, PM Slovakia, Robert Fico kini sedang “bertarung nyawa”
Pembedahan selama tiga setengah jam ke atas Robert Fico sangat kompleks, kata Menteri Pertahanan Robert Kalik.
Pihak berkaitan perlu martabatkan tenunan Melayu yang kurang dapat perhatian - Tuanku Zara
Usaha komprehensif perlu dilaksanakan agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan Melayu dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Industri tanaman durian Johor tunjuk perkembangan positif
Seramai 31,500 orang pengusaha tanaman durian direkodkan pada tahun 2022 dan ia meningkat kepada 34,650 orang pada tahun lepas.
Disleksia bukan penghalang untuk Amer buka perniagaan kafe
Apa yang berlaku ke atas dirinya itu membuatkan dia berasa rendah diri dan sedih kerana tidak dapat menguasai pembelajaran di sekolah.
AI dalam latihan, penyelidikan pupuk tenaga kerja mahir, penciptaan pekerjaan
Penggunaan AI dijangka dapat memupuk tenaga kerja mahir dan merangsang penciptaan pekerjaan dalam sektor teknologi tinggi.
Pemimpin dunia ucap tahniah kepada Lawrence Wong, Perdana Menteri keempat Singapura
Wong menerima pujian dari seluruh dunia, menonjolkan kedudukannya yang terhormat di pentas global.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Hampir 40 peratus serangan siber di Malaysia libatkan akaun pembuatan, sektor kerajaan pada 2023
Tiga sektor sasaran utama ialah pembuatan (20 peratus), kerajaan (18.2 peratus) serta teknologi, media dan telekomunikasi (14.5 peratus).
COVID-19: JPBNS umum peraturan baharu masuk ke Sarawak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini menggariskan beberapa peraturan baharu masuk ke negeri itu susulan peningkatan jumlah kes positif COVID-19 di Sabah.