awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi

Sinar Harian
Sinar Harian
07/07/2024
09:20 MYT
Individu terkait kerugian Mara Inc sudah didakwa - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan. -Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan individu dikaitkan dengan kerugian terkumpul sebanyak RM286.3 juta yang ditanggung Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc) telah didakwa di mahkamah.
Asyraf Wajdi berkata, individu terbabit sudah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan perbicaraan kes berkenaan ketika ini sedang berjalan.
Katanya, ia melibatkan pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa berhubung pembelian hartanah di Australia pada harga lebih tinggi daripada nilai pasaran.
"Pembelian tersebut menunjukkan harga lebih tinggi dan melampau daripada nilai pasaran sehingga akaun Mara Inc rekodkan kerugian terkumpul. Perkara ini diketahui apabila penilaian semula dibuat ke atas aset-aset dan perubahan kepada kaedah pelaporan perakaunan.
"Kes ini merangkumi pembelian tujuh aset luar negara dalam urusan meragukan oleh Mara Inc yang merupakan anak syarikat Mara Corporation Sdn Bhd (Mara Corp) khususnya di Australia dan United Kingdom (UK) antara tahun 2012 hingga 2014," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Ketua Pengarah Mara, Datuk Seri Azhar Abdul Manaf pada Sabtu dilapor menjelaskan bahawa kerugian Mara Inc bernilai RM 286.30 juta yang terkumpul sejak 2012 hingga 2022 seperti dapatan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 berpunca daripada pembelian aset luar negara.
Kata beliau, kerugian itu membabitkan sejumlah urusan pembelian aset khususnya di Australia dan United Kingdom (UK) antara 2012 hingga 2014.
Bagaimanapun, Asyraf Wajdi berkata, separuh daripada hartanah tersebut juga sebenarnya sudah dijual menerusi Pelan Rasionalisasi Mara Inc yang diluluskan Majlis Mara pada September 2015.
Menurut beliau, pelan berkenaan dijalankan untuk melunaskan semua hutang bank luar negara sekali gus menjadikan semua aset-aset hartanah yang masih ada di Australia dan UK sekarang bebas hutang.
Ujarnya, Majlis Mara dan Mara bertekad untuk memastikan tidak berlaku lagi sebarang ketirisan, penyelewengan dan pembaziran membabitkan wang rakyat yang diamanahkan dengan meletakkan aspek tadbir urus korporat serta tatakelola kewangannya di tahap tertinggi. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Asyraf Wajdi Dusuki
#MARA
#Laporan Ketua Audit Negara
#perbicaraan kes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan