INTERNATIONAL
Indonesia catat jumlah harian tertinggi kes COVID-19 sejak Januari

Petugas membawa jenazah di dalam keranda untuk dikebumikan di perkuburan Padurenan yang dibuka untuk menampung angka kematian mendadak susulan penularan COVID-19 di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia, 17 Jun, 2021. (Foto AP)
JAKARTA: Indonesia pada Jumaat mencatatkan 12,990 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam, menandakan lonjakan harian tertinggi sejak akhir Januari dan menjadikan jumlah keseluruhan 1,963,266 kes , lapor Agensi Berita Xinhua.
Angka kematian berkaitan COVID-19 bertambah 290 kepada 54,043, lapor Kementerian Kesihatan.
Dalam tempoh itu, 7,907 pesakit telah pulih dan dibenarkan keluar dari hospital, dengan jumlah sembuh keseluruhan 1,779,127 orang
Koronavirus telah merebak ke 34 wilayah di seluruh negara. Dalam 24 jam terakhir, Jakarta mencatat 4,737 kes baharu, Jawa Barat 2,791, Jawa Tengah 1,331, Jawa Timur 731 dan Yogyakarta 592.
Tiada kes baharu dikesan di wilayah Maluku.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami