Indonesia akan mempertimbangkan menerima bantuan negara jiran sekiranya masalah jerebu berterusan sehingga tiga minggu lagi.
Duta Besar Indonesia di Malaysia Herman Prayitno berkata, setakat ini Indonesia masih berpendirian mampu menyelesaikan masalah itu sendiri dan sekiranya bantuan dari negara jiran diperlukan, ia akan diselaraskan melalui
sekretariat ASEAN.
"Indonesia hendak berusaha sendiri terlebih dahulu, pastinya kalau kita tunggu dua atau tiga minggu lagi tidak selesai (masalah jerebu), saya kira tentu kita akan koordinasikan bantuan (dari negara jiran) melalui ASEAN," katanya kepada pra pemberita selepas menghadiri Majlis Pembukaan Mesyuarat Majlis Komuniti Sosio Budaya ASEAN (ASCC) ke-14, di sini hari ini.
Baru-baru ini Singapura menyatakan hasrat untuk membantu Indonesia mengatasi masalah jerebu namun ia ditolak republik itu.
Herman juga berkata setiap hari Kedutaan Indonesia melaporkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Malaysia kepada kerajaan Indonesia dan pemimpin di sana melahirkan rasa prihatin mereka atas keadaan jerebu di sini.
Sebelum ini, Presiden Indonesia Joko Widodo berkata republik itu memerlukan tempoh tiga tahun untuk menangani kegiatan pembakaran ladang dan hutan sekali gus menyelesaikan masalah jerebu yang melanda negara jiran mereka.
Herman berkata beberapa langkah telah diambil kerajaan Indonesia dalam menyelesaikan masalah jerebu yang sehingga kini menyebabkan 30,000 rakyatnya mengalami gangguan pernafasan, antaranya dengan membina terusan pengaliran air parit dan longkang di Kalimantan Tengah.
Sehingga kini, 30 syarikat perladangan yang disyaki terlibat dalam pembakaran hutan di Kalimantan sedang disiasat dan lesen mereka akan digantung sekiranya disabit kesalahan, katanya.
Namun, Herman enggan mendedahkan sama ada syarikat tersebut merupakan syarikat tempatan (Indonesia) atau luar negara.
Terdahulu, Indonesia telah mengambil tindakan terhadap empat syarikat kerana menjadi punca kebakaran hutan di negara itu sehingga menyebabkan sebahagian Asia Tenggara diseliputi jerebu yang teruk.
Bernama
Wed Oct 07 2015
Indonesia akan mempertimbangkan menerima bantuan negara jiran sekiranya masalah jerebu berterusan sehingga tiga minggu lagi. -Gambar fail
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Adakah program pemberian kad sementara PATI membantu?
Program pemberian E-Kad kepada PATI bermajikan, yang bakal menukar status mereka daripada pekerja haram kepada yang sah, dibuat sebagai langkah memenuhi keperluan sektor pekerjaan.
Kerjasama pemimpin, rakyat lancarkan tugas di Malaysia - Duta Besar Indonesia
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Herman Prayitno berkata, berada di Malaysia dirasakan seperti berada di tanah air sendiri apabila ditanya pandangan beliau sepanjang bertugas di negara ini.
Hubungan dua hala Indonesia pada tahap paling cemerlang - TPM Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan hubungan dua hala Malaysia dan Indonesia pada masa ini berada pada tahap paling cemerlang dan luar biasa.
Kedutaan besar Indonesia sokong pengeluaran kad pekerja asing sementara
Kedutaan Besar Indonesia di sini menyambut baik usaha Jabatan Peguam Negara membenarkan kerajaan mengeluarkan Kad Pekerja Asing Sementara kepada pekerja asing tanpa izin (PATI) yang bermajikan.
Indonesia tunggu tiga minggu pertimbang bantuan negara jiran atasi jerebu - Duta
Indonesia akan mempertimbangkan menerima bantuan negara jiran sekiranya masalah jerebu berterusan sehingga tiga minggu lagi.
Matah Ati: Pahlawan Rubiyah kembali beraksi di Istana Budaya
Lakon tari Matah Ati yang mengangkat kisah benar pergelutan dan cinta dalam satu peperangan ketika jajahan Belanda di Jawa, bakal beraksi di Istana Budaya.
Jokowi puas hati, sifatkan lawatan ke Malaysia berjaya - Duta Indonesia
Presiden Indonesia Joko Widodo sangat berpuas hati dengan hasil lawatan negara yang pertama beliau ke Malaysia, menurut Duta Indonesia.
PEMILU: Lebih 40 peratus pemilih yang layak di KL keluar mengundi
Terdapat lebih daripada 420,000 warga Indonesia yang menetap di Malaysia mendaftar sebagai pemilih.
MH370: Indonesia yakin kemampuan Malaysia ketuai SAR
Selepas China dan Malaysia, penumpang dari kalangan warga Indonesia merupakan ketiga yang teramai menaiki pesawat MH370.