KUALA LUMPUR: Industri aeroangkasa Malaysia berada di landasan untuk mencapai sasaran hasil sebanyak RM18 bilion tahun ini, dengan industri itu dijangka berkembang lebih pesat tahun depan seiring dengan pengembangan portfolio produknya bagi rantaian bekalan aeroangkasa global.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Industri Aeroangkasa Kebangsaan Malaysia Shamsul Kamar Abu Samah berkata hasil dianggarkan melebihi RM16 bilion pada suku ketiga tahun tahun ini, tetapi jumlah sebenarnya tidak akan diketahui sehingga tahun depan.
"Kami perlu menunggu sehingga tahun kewangan berakhir untuk mendapatkan angka sebenar hasil tetapi kami melihat angka itu meningkat dengan baik, disumbang oleh portfolio produk baharu menerusi pakej kerja baharu yang diperoleh oleh rantaian bekalan Malaysia.
"Pada masa yang sama, industri mengembangkan segmen penyenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dengan memasukkan jenis pesawat baharu dan kategori alat ganti dan komponen yang berbeza," katanya semasa sidang media bersempena Sidang Kemuncak Aeroangkasa Malaysia (MyAero2023) di sini, hari ini.
Shamsul Kamar berkata pemain industri memperoleh pelbagai pakej kerja yang berkaitan dengan bahagian dan komponen bagi pesawat satu lorong serta komponen enjin, yang kini dipromosikan secara meluas dalam rantaian bekalan aeroangkasa global.
"Segmen ini berada di bawah sektor pembuatan dalam industri aeroangkasa, yang menyumbang 48 peratus daripada hasil industri, manakala MRO menyumbang kira-kira 49 peratus, dan bakinya adalah perniagaan latihan," katanya.
Beliau juga berkata Malaysia telah memperoleh pakej kerja baharu dengan nilai kumulatif RM5.7 bilion yang dijamin oleh rantaian bekalan tempatan dalam tempoh dua tahun lepas dan projek MRO bernilai RM600 juta yang kini sedang dilaksanakan oleh pemain industri.
Penilaian perdagangan bagi tempoh Januari-September 2023 melonjak kepada RM16.67 bilion, pencapaian yang disertai peningkatan ketara eksport sebanyak 26.9 peratus kepada RM4.18 bilion berbanding RM3.29 bilion dalam tempoh yang sama pada 2022, mempamerkan daya tahan dan potensi pertumbuhan industri.
MyAero2023 menghimpunkan peneraju dan pakar industri untuk mencipta masa depan yang dinamik dan mampan bagi sektor tersebut, sejajar dengan matlamat yang ditetapkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030.
Sementara itu, mengenai penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam industri tersebut, ketua pembangunan perniagaan dan pengurusan program UMW Aerospace Sdn Bhd Mohamad Azili Samad berkata PKS tempatan sedang berdepan cabaran untuk memenuhi keperluan dan piawaian syarikat global.
"PKS sedang mendepani piawaian global dan mereka perlu meningkatkan pengeluaran untuk memenuhi permintaan global. Itu adalah salah satu isu utama yang dihadapi oleh pemain kecil kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 16 2023
Industri aeroangkasa Malaysia dijangka berkembang lebih pesat tahun depan seiring dengan pengembangan portfolio produknya bagi rantaian bekalan aeroangkasa global. - Gambar hiasan/BERNAMA
Malaysia hargai peranan Qatar untuk rundingan perdamaian Hamas-Israel
Malaysia menzahirkan penghargaan penting Qatar dalam usaha tanpa henti untuk menjadi perantara rundingan perdamaian antara Hamas dan Israel.
Polis Marin rampas RM1.37 juta rokok seludup di Kota Tinggi
PPM Wilayah Dua merampas sejumlah 5,535 karton rokok putih dan kretek seludup bernilai lebih RM1.37 juta selepas menyerbu sebuah pondok di Pantai Bio Desaru, Kota Tinggi pada 7 Mei lepas.
10 Berita Pilihan - (12 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Saifuddin Nasution sifatkan pertemuan dengan Brian Nelson sebagai berterus-terang
Saifuddin menyifatkan perjumpaan beliau dengan Brian Nelson pada Khamis lepas sebagai pertemuan yang berterus-terang.
Tumpuan Isnin - 13 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Lima remaja, seorang kanak-kanak terperangkap akibat kepala air di Nilai
Lima remaja dan seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas terperangkap di atas batu di tengah Sungai Batang Labu Batu 9, Kampung Tebing Tinggi di sini dalam kejadian kepala air.
PM ucap Selamat Hari Ibu
Bersempena sambutan Hari Ibu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang menitip penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu.
Sherpa Kami Rita pecah rekod sendiri dengan pendakian Everest buat kali ke-29
Kami Rita Sherpa, telah berjaya mendaki puncak Gunung Everest buat kali ke-29, memecahkan rekodnya sendiri sebagai pendaki yang paling kerap menawan puncak gunung tertinggi di dunia.
Tiada tempat selamat di Gaza, kata ketua UNRWA
Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini, mengecam tanggapan "zon selamat" di Gaza sebagai palsu dan mengelirukan.
AWANI Ringkas: Ketakutan kepada Pas faktor PN tak dapat undi bukan Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penggiat aeroangkasa Malaysia sertai Pertunjukan Udara Farnborough di UK
Syarikat terbabit mempunyai kepakaran dalam pengeluaran aeroangkasa, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) dan integrasi sistem.
Kerjasama GSA, TF-CWASM dijangka beri impak kepada industri aeroangkasa
Global Systemes Asia (GSA) dan Transfingo Group (TF-CWASM) menjalin kerjasama yang berupaya memberi impak positif kepada masa depan aeroangkasa di rantau ini.
Industri aeroangkasa berada di landasan capai sasaran hasil RM18 bilion tahun ini
Hasil dianggarkan melebihi RM16 bilion pada suku ketiga tahun tahun ini, tetapi jumlah sebenarnya tidak akan diketahui sehingga tahun depan.
China lancarkan roket berkuasa metana pertama di dunia
Roket itu dilancarkan dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di barat laut China.
Terengganu Inc taja program UAV pertama diadakan di sekolah di Malaysia
Program itu bertujuan menanam minat pelajar dalam bidang aeroangkasa yang melibatkan mata pelajaran STEM.
MIDA sasar pelaburan RM134 juta bagi industri aeroangkasa menjelang akhir 2023
Potensi pelaburan bagi projek-projek ini dianggarkan kira-kira RM900 juta dalam tempoh tiga tahun hingga lima tahun akan datang.
Anwar harap LIMA '23 perkukuh Malaysia sebagai hab serantau industri aeroangkasa, maritim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan harapan agar LIMA '23 akan mengukuhkan Malaysia sebagai hab serantau bagi industri aeroangkasa dan maritim.
Kerajaan komited sokong pertumbuhan industri aeroangkasa - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata Malaysia pada hari ini juga memiliki dasar yang lebih baik untuk mempromosikan negara sebagai properdagangan, properniagaan dan propelaburan.
LIMA 2023 'tayang' lebih 100 aset aeroangkasa, maritim
Sebanyak 35 hingga 40 aset daripada industri maritim akan dipamerkan dan pengunjung dapat melihat kemunculan 'istimewa' aset maritim.
Kontrak kedua UMW dari Rolls-Royce bukti kualiti tempatan dipercayai syarikat global
UMW Holdings Bhd memperoleh kontrak kedua bernilai RM1 bilion daripada syarikat aeroangkasa Rolls-Royce Holdings selepas kontrak pertama diperoleh pada lapan tahun lepas.