awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM ucap Selamat Hari Ibu

Bernama
Bernama
12/05/2024
14:24 MYT
PM ucap Selamat Hari Ibu
Anwar menzahirkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan, penat lelah dan nasihat yang tidak putus-putus diberikan oleh seorang ibu demi kasih sayang kepada anak-anak. - Gambar FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Bersempena sambutan Hari Ibu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melepaskan peluang menitip penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu khususnya kepada Allahyarham ibu beliau, Che Yan Hamid Hussein, dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Menerusi hantaran di laman Facebook malam ini, Anwar menzahirkan ucapan terima kasih atas segala pengorbanan, penat lelah dan nasihat yang tidak putus-putus diberikan oleh seorang ibu demi kasih sayang kepada anak-anak.
"Kenanglah jasa ibu kita. Dakaplah tubuhnya dan kucuplah tangannya setiap saat selagi Yang Maha Esa mengizinkan waktu untuk kita bersama ibu," kata beliau.
Perdana Menteri turut memuat naik dua keping gambar beliau memeluk Allahyarham ibu dan isteri tercinta.
Hari Ibu disambut di seluruh dunia pada Ahad kedua bulan Mei setiap tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Ibu
#terima kasih
#isteri tercinta
#kasih sayang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan