awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Industri CCUS perkasa usaha Malaysia capai sasaran pelepasan sifar bersih - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
18/07/2024
11:00 MYT
Industri CCUS perkasa usaha Malaysia capai sasaran pelepasan sifar bersih - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata CCUS hanya sebahagian daripada pelbagai strategi dan aktiviti yang sedang diusahakan oleh Malaysia untuk menangani perubahan iklim serta mencipta peluang ekonomi hijau. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Industri penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) tidak boleh dilihat sebagai penyelesaian tunggal untuk mencapai penyahkarbonan sebaliknya melengkapi usaha sedia ada bagi mencapai sasaran pelepasan sifar bersih, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Beliau berkata CCUS hanya sebahagian daripada pelbagai strategi dan aktiviti yang sedang diusahakan oleh Malaysia untuk menangani perubahan iklim serta mencipta peluang ekonomi hijau.
"Walaupun CCUS bukan teknologi baharu, penggunaan yang meluas masih terhad kerana kos yang tinggi.Terdapat perdebatan meluas mengenai cabaran CCUS, memandangkan ia memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk beroperasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli dilaporkan berkata CCUS adalah antara projek perintis di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan industri berimpak tinggi dijangka memberi manfaat ekonomi kepada negeri-negeri terbabit.
Kerajaan Persekutuan mengenal pasti Terengganu, Pahang, Sabah dan Sarawak berpotensi sebagai peneraju kerana mempunyai telaga minyak yang telah tamat tempoh operasi dan infrastruktur yang sesuai untuk aktiviti CCUS di kawasan berkenaan.
Nik Nazmi yang menyambut baik kenyataan Rafizi itu berkata terdapat risiko kesan ke atas alam sekitar akibat kebocoran karbon dioksida yang disimpan.
"Cabaran ini dapat diatasi melalui kemajuan teknologi, kekukuhan rangka kerja pengawalseliaan, menyediakan insentif yang sesuai kepada industri serta melaksanakan inisiatif penentuan harga karbon untuk menjadikan CCUS berdaya maju untuk dilaksanakan.
CCUS antara penggalak utama NETR dan Kajian Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon (LT-LEDS) negara.
Kedua-dua dokumen ini menekankan peranan CCUS dalam menyokong aspirasi negara untuk mencapai pelepasan sifar bersih pada 2050.
Beliau menambah analisis Laporan Penilaian Keenam (AR6) Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC) mengenal pasti CCUS sebagai teknologi penting bagi mengurangkan pelepasan GHG terutama dalam sektor yang sukar untuk dinyahkarbonkan seperti industri berat (simen dan keluli) serta beberapa proses kimia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nik Nazmi
#CCUS
#pelepasan sifar bersih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan