KUALA LUMPUR: Industri insurans am menyokong pendigitalan cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan percaya inisiatif itu akan menghasilkan penguatkuasaan yang lebih cekap oleh pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia.
Menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), antara faedah utama inisiatif ini ialah mengurangkan pembaziran kertas kerana pemilik kenderaan tidak perlu lagi menggunakan pelekat cukai jalan untuk tujuan paparan.
"Selain itu, pendigitalan adalah kos efektif kerana ia mengurangkan keperluan untuk penghantaran cukai jalan, sekali gus menghapuskan sebarang caj penghantaran," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pada masa yang sama, ia berkata pemandu tidak perlu risau tentang mempunyai lesen fizikal kerana mereka tidak perlu lagi membawanya.
"Secara keseluruhan, inisiatif itu akan memberi manfaat kepada orang awam dan alam sekitar," kata PIAM.
Bulan lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengumumkan mulai 10 Feb 2023, pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan pelekat cukai jalan pada cermin depan atau membawa salinan fizikal lesen memandu mereka.
Beliau berkata versi digital kedua-dua dokumen itu tersedia di portal awam JPJ (https://public.jpj.gov.my) atau aplikasi mudah alih, MyJPJ, yang boleh dimuat turun daripada Apple App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023
Bulan lepas, kerajaan mengumumkan mulai 10 Feb 2023, pemilik kenderaan persendirian tidak perlu lagi mempamerkan pelekat cukai jalan pada cermin depan atau membawa salinan fizikal lesen memandu mereka. - Gambar fail
Pendapatan lebih RM1 bilion, Ronaldo kekal atlet terkaya dunia - Forbes
Pemain berusia 39 tahun itu memperoleh pendapatan AS$260 juta (RM1.22 bilion) - meningkat daripada AS$136 juta (RM637 juta) - sejak 12 bulan lalu.
LKM sasar 10,000 hektar tanaman koko dalam lima tahun
LKM menggalakkan lebih ramai pemilik ladang kecil termasuk petani mengusahakan tanaman koko bagi mencapai sasaran keluasan tanaman komoditi itu.
Jalan rosak di Johor berbaki 979 daripada 2,642 lokasi dikenal pasti
Sebanyak 1,075 kawasan jalan rosak telah dibaiki tahun lepas dan 588 lokasi lagi akan dibuat sepanjang tahun ini.
Imigresen Kelantan dakwa 15 pendatang di Mahkamah Sesyen Khas
Kesemua pendatang yang berusia antara 19 hingga 48 tahun itu ditangkap dalam Op Kutip sekitar Kota Bharu dan Bachok pada 3 Mei.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
PIAM sokong standard baharu untuk baiki kenderaan tempatan
MS dijangka akan mewujudkan piawaian baharu bagi pembaikan yang selamat dan betul untuk kenderaan yang terlibat dengan kemalangan.
Industri insurans am sokong pendigitalan cukai jalan, lesen memandu
Menurut PIAM, antara faedah utama inisiatif ini ialah mengurangkan pembaziran kertas.
Kempen 'Us' terap budaya keselamatan berlandaskan nilai, kepercayaan dan sikap positif pengguna jalan raya
Dalam tempoh 6 tahun kebelakangan ini, bilangan kemalangan jalan raya di Malaysia telah meningkat secara berterusan.
Harga perlindungan takaful, insurans banjir tidak akan meningkat - PIAM
Harga perlindungan takaful atau insurans untuk bencana banjir tidak akan meningkat, malahan tetap terkawal sekiranya ramai yang membeli polisi tersebut untuk melindungi kediaman dan kenderaan.
PIAM sediakan dana RM2.43 juta bantu pemilik kenderaan terjejas banjir
Dana Bantuan Banjir CSR itu dalam bentuk subsidi untuk kos pembersihan mekanikal (tidak termasuk pembaikan) di mana-mana bengkel cekap yang disediakan oleh industri insurans am.
Industri insurans dan takaful umum butiran mengenai dana khas ujian COVID-19
CTF berjumlah RM8 juta itu telah dipersetujui oleh industri insurans dan takaful untuk menyokong usaha Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan ujian COVID-19 untuk rakyat Malaysia.
Industri insurans dan takaful sumbang RM8 juta untuk ujian COVID-19
Menyokong usaha Kementerian Kesihatan bagi menjalankan lebih banyak lagi ujian COVID-19 terhadap rakyat Malaysia.
Penangguhan pembayaran premium hanya untuk insurans hayat, takaful keluarga
Opsyen itu hanya untuk polisi insurans hayat dan sijil takaful keluarga.
Cukai perkhidmatan akan dikenakan terhadap produk insurans am
Cukai berkenaan akan dikenakan kepada individu yang membeli polisi insurans am kecuali polisi perubatan.
Hanya 4 peratus kenderaan di Malaysia dilindungi insurans banjir
Data yang dikongsikan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menunjukkan hanya 2 ke 4 peratus pemilik kenderaan memilih untuk melindungi kenderaan mereka daripada banjir.