KUALA LUMPUR: Perkembangan rancak dari segi penyambungan semula laluan dan pengenalan destinasi baharu oleh syarikat-syarikat penerbangan pada bulan November dan Disember 2022 terus menandakan pemulihan bagi industri penerbangan negara, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Pengendali lapangan terbang itu berkata, industri telah mengalu-alukan kedatangan dua syarikat penerbangan baharu dalam tempoh dua bulan ini, dan menyaksikan penyambungan semula empat perkhidmatan laluan sebelum pandemik serta pengenalan laluan antarabangsa baharu.
Selain itu, Emirates juga telah membawa balik Airbus A380 - pesawat komersial terbesar dunia - untuk mengendalikan laluan Dubai - Kuala Lumpur, katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Langkah strategik ini dibuat untuk menampung lebih ramai penumpang kerana A380 mampu mengendalikan dua kali ganda muatan semasa Boeing 777 yang juga digunakan untuk laluan yang sama," tambahnya.
Sebanyak 13,869 pergerakan pesawat direkodkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada November, meningkat 12 peratus daripada bulan sebelumnya, sebahagiannya didorong oleh pengenalan syarikat penerbangan tambang rendah baharu China, Spring Airlines di lapangan terbang yang merupakan satu-satunya syarikat penerbangan yang terbang dari Nanning sekali seminggu.
MAHB berkata, AirAsia X turut menyambung semula laluan Kuala Lumpur - Jeddah, yang mengadakan penerbangan enam kali seminggu untuk menyediakan pilihan perjalanan mampu milik bagi umat Islam yang ingin menunaikan umrah.
Sementara itu, Lapangan Terbang Kuantan pula menyaksikan penyambungan semula operasi Fly Scoot untuk laluan Singapura - Kuantan.
Perkhidmatan tiga kali seminggu ini juga menandakan penerbangan antarabangsa pertama lapangan terbang itu selepas pandemik, katanya.
Perkembangan positif ini berterusan hingga Disember dengan pengenalan syarikat penerbangan tambang rendah terbaharu negara, MYAirline, yang terbang dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Langkawi, Kuching, Kota Bharu dan Pulau Pinang setiap hari.
Terdapat juga penyambungan semula laluan antarabangsa seperti AirAsia X yang menyediakan laluan Kuala Lumpur - Taipei tiga kali seminggu dan laluan Cathay Pacific Hong Kong - Pulau Pinang tiga kali seminggu.
Satu lagi tanda kepada pemulihan permintaan perjalanan udara boleh dilihat daripada pengenalan AirAsia bagi perkhidmatan penerbangan empat kali seminggu Singapura - Sibu bulan ini.
Berkenaan dengan pergerakan penumpang bulanan, MAHB berkata, operasinya di Malaysia merekodkan 2.23 juta penumpang antarabangsa pada November, peningkatan 5.9 peratus daripada bulan sebelumnya.
"Pergerakan penumpang domestik mencatatkan penurunan 11.5 peratus kepada 2.93 juta penumpang, menjadikan jumlah pergerakan penumpang di Malaysia kepada 5.17 juta.
"Sebagai satu kumpulan, Malaysia Airports mencatatkan sejumlah 7.84 juta penumpang dengan aset Turkinya, Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen, merekodkan 2.66 juta penumpang bagi bulan itu," tambahnya. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022

Perkembangan rancak dari segi penyambungan semula laluan dan pengenalan destinasi baharu oleh syarikat-syarikat penerbangan pada bulan November dan Disember 2022 terus menandakan pemulihan bagi industri penerbangan negara.- Gambar fail REUTERS

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Gempa Turkiye | Tindak balas operasi menyelamat dipercepatkan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat sedikit masalah dalam tindak balas pasukan penyelamat pasca gempa bumi yang menggegarkan selatan negara itu.

Misi Kemanusiaan | Malaysia-Turkiye bekerjasama atur gerak langkah operasi
Malaysia dan Turkiye akan bekerjasama dalam mengatur operasi misi kemanusiaan ke tenggara Turki yang terjejas akibat gempa. Ia bagi memastikan saluran bantuan dapat diperhalusi mengikut keperluan.

Gempa Bumi Turkiye | Dentie dan Frankie sertai misi SAR ke Turkiye
Dua ekor unit anjing pengesan (K9) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) diterbangkan ke Turkiye bagi menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.

Gempa Bumi Turkiye | Operasi SAR pasukan SMART dipecah kepada beberapa unit - NADMA
Tujuh puluh anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye, kini dipecahkan kepada beberapa unit pasukan kecil mengikut objektif dan keperluan yang berbeza.

MAHB bantu mudah cara operasi penerbangan SAR di Turkiye
MAHB memberikan sepenuh komitmen untuk memudah cara semua penerbangan penyelamatan dan dan operasi kargo yang melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen.

Kabinet lulus naik taraf Lapangan Terbang Subang sebagai hab serantau
Fokus terhadap pembangunan Ekosistem Aeroangkasa, Penerbangan Am dan penerbangan perniagaan serta Lapangan Terbang Bandar Raya atau Sekunder.

MAHB catat 83.9 juta penumpang pada 2022, naik 59.4 peratus
MAHB berkata angka itu menandakan tahun penuh pertama pemulihan trafik sejak penutupan sempadan pada Mac 2020.

Malaysia Airports raih 52.7 juta trafik penumpang pada 2022 - MAHB
Trafik penumpang udara raih momentum pada 2022 dengan catatan 52.7 juta berbanding 10.72 juta pada 2021.

Langkah keselamatan kesihatan di lapangan terbang terus giat dilaksanakan - MAHB
MAHB berkata KLIA dijangka menerima 11 penerbangan dari China hari ini dengan sembilan daripadanya di terminal utama KLIA manakala dua lagi di KLIA2.

MAHB catat 7.8 juta pergerakan penumpang pada November 2022
Untuk 11 bulan pertama tahun ini, rangkaian lapangan terbangnya merekodkan 74.3 juta pergerakan penumpang, mencapai 57.9 peratus daripada paras dicatatkan dalam tempoh sama pada 2019.

Industri penerbangan Malaysia terus pulih tatkala 2022 hampir melabuh tirai
Industri juga mengalu-alukan kedatangan dua syarikat penerbangan baharu dalam tempoh dua bulan ini

Sektor penerbangan catat kemajuan baik selepas negara tarik balik sekatan sempadan
Pembukaan semula pada April selepas ditutup selama dua tahun menjadi batu loncatan kepada momentum pertumbuhan yang lebih baik.

MAHB catat 8.3 juta pergerakan penumpang pada Oktober 2022
Pemulihan trafik Malaysia memberi sumbangan besar kepada peningkatan jumlah pergerakan penumpang kumpulan pada bulan tersebut, yang menyumbang 65 peratus daripada jumlah keseluruhan.

KLIA, LGK adalah lapangan terbang terbaik dunia pada suku ketiga 2022 - MAHB
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) kekal sebagai lapangan terbang terbaik dunia.