awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Influenza: Sebuah kelas pra sekolah di Pulau Pinang ditutup

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
17/01/2020
10:45 MYT
Influenza: Sebuah kelas pra sekolah di Pulau Pinang ditutup
Dalam pada itu beliau berkata jumlah murid dan pelajar yang dijangkiti Influenza terus meningkat kepada 198 berbanding 178 kes pada Khamis. - Gambar hiasan
Sebuah kelas pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal di Kepala Batas, Pulau Pinang ditutup hari ini selepas dua murid di kelas itu dijangkiti influenza.
Kelas itu ditutup sehingga 23 Januari ini.
Penutupan kelas terbaharu itu menjadikan keseluruhan kelas yang ditutup setakat hari ini adalah sebanyak tiga kelas.
Pengarah Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad, pihak Jabatan Kesihatan Negeri akan menjalankan kerja kerja pembersihan kelas dengan cara membasmi kuman.
Dalam pada itu beliau berkata jumlah murid dan pelajar yang dijangkiti Influenza terus meningkat kepada 198 berbanding 178 kes pada Khamis.
Beliau memaklumkan jumlah itu adalah yang dilaporkan setakat jam 8.30 pagi ini membabitkan 96 sekolah di seluruh negeri itu.
Bagaimanapun ianya tidak membabitkan penutupan sekolah di negeri itu.
Beliau berkata, Daerah Seberang Perai Utara (SPU) dan Timur Laut paling ramai pelajar dijangkiti virus berkenaan iaitu masing-masing seramai 54 kes.
Manakala Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) sebanyak 35 kes diikuti diikuti 37 kes dilaporkan di Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) dan Daerah Barat Daya merekodkan 18 kes.
Abdul Rashid berkata, berdasarkan laporan setakat ini hanya sembilan pelajar ditahan di wad. . “Setakat ini, tiga kelas ditutup berikutan jangkitan penyakit itu membabitkan dua kelas tahun dua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Li Hwa dan satu lagi kelas pra sekolah di Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, selain pelajar tujuh guru turut dilaporkan terkena penyakit itu setakat ini.
“Empat daripada mereka guru di sekolah dalam daerah Timur Laut manakala masing-masing seorang dari SPU, SPT dan SPS,” katanya.
Topic Berkaitan
#Influenza
#Kepala Batas
#kesihatan
#pendidikan
#pulau pinang
#Seberang Perai
#sekolah
#sekolah tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan