awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Infrastruktur sekolah berusia lebih 30 tahun sedang diselenggara - Mahdzir

Bernama
Bernama
14/08/2016
02:58 MYT
Infrastruktur sekolah berusia lebih 30 tahun sedang diselenggara - Mahdzir
Datuk Seri Mahdzir Khalid (tengah) menandatangani plak pada Majlis Makan Malam Amal sempena Sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Harun, Tanjong Karang, semalam. - Foto Bernama
Kementerian Pendidikan memandang serius infrastruktur sekolah yang memerlukan penyelenggaraan segera terutamanya bagi sekolah yang berusia lebih 30 tahun dan langkah sedang diambil bagi menangani hal ini, kata menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) di seluruh negara telah diarah memantau dan menyenaraikan jenis penyelenggaraan yang diperlukan sekolah-sekolah tersebut bagi memudahkan kerja-kerja pembaikan dilakukan mengikut keutamaan.
Katanya, penyelenggaraan termasuklah pendawaian semula, baik pulih bangunan, pembinaan infrastruktur baharu dan sebagainya sedang dibuat secara berperingkat mengikut peruntukan yang ditetapkan.
"Hasil pemantauan infrastruktur ini kita tentukan kepada tiga tahap iaitu sekolah sangat kritikal serta daif, sekolah memerlukan penyelenggaraan, dan sekolah yang perlu pembaikan kecil.
"Semua perkara ini memerlukan peruntukan dan kementerian menyalurkan bantuan yang terbaik untuk mengatasinya dan dilakukan secara 'on- going' (berterusan)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun, di sini malam tadi.
Jelasnya, pihak sekolah perlu memahami bahawa terlalu banyak pembaikan yang perlu dilakukan bagi sekolah berusia lebih 30 tahun dan proses menyelenggara memerlukan kos yang tinggi dan masa yang lama.
Namun katanya, kementerian sentiasa melihat isu infrastruktur sekolah yang daif dan uzur sebagai keutamaan demi keselesaan pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran setiap hari.
Dalam perkembangan lain, Mahdzir berkata pihaknya sedang menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mendapatkan pandangan pakar berhubung cadangan mewujudkan Akta Perlindungan Guru bagi melindungi warga pendidik ketika bertugas.
Ini kerana katanya, cadangan akta tersebut dilihat lebih spesifik dan memerlukan pandangan daripada pelbagai sudut secara lebih holistik bagi mengelakkan pertindihan perlindungan dengan akta sedia ada.
"Jika tiada Akta Perlindungan Guru ini sekalipun, setiap warganegara sentiasa dilindungi oleh Perlembagaan dan disebabkan itu kita mesti perhalusinya terlebih dahulu.
"Bagaimanapun, kementerian amat menyokong cadangan mewujudkan akta ini dan kita akan buat yang terbaik dalam membela nasib warga pendidik," katanya.
Topic Berkaitan
#baik pulih sekolah
#infrastruktur sekolah
#Kementerian Pendidikan
#Mahdzir Khalid
#sekolah diselenggara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan