Tindakan penguatkuasaan ke atas mereka yang ingkar arahan kuarantin wajib di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) perlu diambil oleh agensi penguat kuasa seperti polis dan bukannya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri Tan Sri Dr Jemilah Mahmood berkata KKM hanya memastikan orang ramai mematuhi arahan di bawah Akta 342.
"Yang pertama kita kena faham. Akta 342 memang jelas. Tugas KKM ialah keluarkan arahan memastikan orang ramai patuh kepada arahan (di bawah Akta 342).
"Kalau ada yang tidak ikut arahan, KKM akan kemukakan masalah itu kepada peguam atau polis untuk mengambil tindakan," katanya sebelum menyertai acara kayuhan anjuran Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia di sini hari ini.
Dr Jemilah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengguna media sosial yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap KKM apabila Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dikompaun RM1,000 selepas gagal mematuhi kuarantin wajib di rumah di bawah Akta 342 setelah pulang dari Turki pada 7 Julai.
Mengulas perkara ini, beliau berkata keadaan ini timbul kerana orang ramai salah faham.
BACA: Langgar SOP, siapa pun tidak akan terlepas - Ismail Sabri
BACA: Datuk Dr. Mohd Khairuddin mohon maaf
BACA: Datuk Dr. Mohd Khairuddin dikompaun RM1,000
Dr Jemilah berkata KKM telah menjalankan tugas dengan sangat baik dalam mengawal COVID-19 di negara ini.
"Kini semua rakyat Malaysia perlu memainkan peranan sangat penting dengan menjaga jarak dan memakai pelitup muka. Kita boleh menang," katanya.
Semasa ditanya mengenai vaksin COVID-19, Dr Jemilah berkata vaksin yang dihasilkan perlu berkemampuan mencegah semua strain COVID-19 kerana dunia berhadapan dengan mutasi pandemik itu.
Mengenai acara kayuhan hari ini, Dr Jemilah berkata berbasikal merupakan aktiviti yang baik untuk mencegah penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung yang agak tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 23 2020
Dr Jemilah ketika ditemu bual pemberita pada program kayuhan anjuran Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia di Dataran Putra, Putrajaya, hari ini. --fotoBERNAMA
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
Kawalan keselamatan di bangunan kerajaan, tempat tumpuan awam, kemudahan penting pada tahap tertinggi - PDRM
Datuk Seri Azmi Abu Kassim berkata, pihak polis memandang serius insiden baru-baru ini yang menimbulkan kegusaran masyarakat awam.
AWANI Ringkas: Suntikan HPV 719,236 pelajar perempuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [21/05/2024] – Penyelidikan FICO | Bayi berusia 11 bulan | Bakal dibentangkan di Parlimen | 57,991 unit pada April 2024
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu urusan pembayaran
2. Suami isteri naik motosikal bersama anak sakit, dapat bantuan PM
3. Pas yakin RUU 355 dapat majoriti mudah
4. Jualan kenderaan baharu melonjak 21 peratus
1. 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu urusan pembayaran
2. Suami isteri naik motosikal bersama anak sakit, dapat bantuan PM
3. Pas yakin RUU 355 dapat majoriti mudah
4. Jualan kenderaan baharu melonjak 21 peratus
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.