Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 88 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Khamis.
Menurut Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada jumlah itu 84 individu dikenakan kompaun manakala empat lagi direman.
"Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan/ catitan keluar masuk (31), tidak memakai pelitup muka (15), premis beroperasi lebih masa (3), parti persendirian (32) serta aktiviti dengan melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial (7)," katanya dalam kenyataan media pada Jumaat.
Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai PDRM pula, kata beliau, telah menjalankan 64,658 pemeriksaan pada Khamis bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Sebanyak 4,545 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 16,334 anggota telah membuat pemantauan di 4,074 pasar raya, 5,511 restoran serta 1,261 penjaja, 1,757 kilang, 4,002 bank dan 936 pejabat kerajaan. Juga dipantau, sebanyak 1,133 terminal pengangkutan darat, 246 terminal pengangkutan air serta 109 terminal pengangkutan udara," katanya.
Bagi Operasi Benteng pula yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempatan Malaysia (AKSEM), katanya, sebanyak 62 sekatan jalan raya telah dilakukan di seluruh negara.
"Semalam (27 Ogos 2020), PDRM telah mengadakan 62 Sekatan Jalan Raya Operasi Benteng di seluruh negara dan memeriksa 25,503 kenderaan bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) terutamanya di lorong-lorong tikus dan tiada sebarang tangkapan dilakukan," ujar beliau lagi.
Fareez Azman
Fri Aug 28 2020
PDRM kata Ismail Sabri, telah menahan 88 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP dan daripada jumlah itu, seramai 84 individu telah dikompaun manakala 4 individu pula direman. - Gambar BERNAMA
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Kes buli UPNM: Lima Pegawai Kadet dibuang, diarah bayar ganti rugi pada kerajaan - Menteri
Perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Angkatan Tentera (MAT) Siri 623 yang bersidang, pada Selasa.
[KOLUMNIS] Memugar kesejahteraan dan kualiti hidup warga kem tentera
Sejak sekian lama, cabaran mempertingkatkan kualiti hidup anggota tentera menjadi antara halangan dalam membina kekuatan dan kualiti pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Latihan percubaan PLKN 3.0 bermula Jan 2025 - Adly
Latihan bertempat di Rejimen 515 Askar Wataniah, Kuala Lumpur itu terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia lingkungan 18 hingga 20 tahun.
Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas akibat jalan licin, basah - Polis
Polis telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MINDEF sentiasa usaha tingkat kesejahteraan warga, anak-anak ATM
Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha meningkatkan kesejahteraan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Tiada kompromi dalam kes buli, dera pegawai kadet UPNM - PAT
Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman berkata siasatan terperinci terhadap kes berkenaan sedang dilaksanakan pihaknya.
Kerjasama tentera Malaysia-AS diperkukuh melalui Eksesais CARAT 2024
Eksesais CARAT adalah platform latihan ketenteraan yang bertujuan memperkukuh kerjasama maritim antara kedua-dua negara.
'171 aset ATM melebihi 30 tahun' - Mohamed Khaled
Jumlah aset ATM yang melebihi 30 tahun secara keseluruhannya adalah 171 merangkumi ketiga-tiga cabang perkhidmatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).