awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingkar PKPP: 522 ditahan, ada yang cuba keluar dari kawasan PKPD

Firdaus Azil
Firdaus Azil
20/09/2020
07:44 MYT
Ingkar PKPP: 522 ditahan, ada yang cuba keluar dari kawasan PKPD
Menurut Ismail Sabri, seramai 342 individu telah dikompaun manakala 180 individu direman kerana ingkar PKPP. - Gambar fail
Operasi Pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) semalam menyaksikan 522 individu ditahan kerana ingkar PKPP.
Selain kesalahan aktiviti kelab malam/pub iaitu sebanyak 363 kes, polis juga telah menahan 17 individu kerana keluar rumah tanpa alasan munasabah di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), dan seorang individu kerana keluar dari kawasan PKPD.
Dalam kenyataan media harian Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini, beliau berkata, daripada jumlah itu, 342 individu telah dikompaun manakala 180 individu direman.
Lain-lain kesalahan termasuk penjarakan fizikal (81), tidak memakai pelitup muka (36), gagal menyediakan peralatan / rekod butiran diri (12), premis beroperasi tanpa kebenaran (5), dan tangkapan warga asing tanpa dokumen perjalanan diri (7).
Dalam Ops Benteng pula, kata beliau, pasukan penguatkuasa telah menahan 181 orang pendatang asing tanpa izin (PATI), lima penyeludup dan seorang tekong. serta merampas lima kenderaan darat.
Mengenai kuarantin wajib, Ismail Sabri berkata, 8,673 individu yang pulang dari luar negara, sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 71 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan
Pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) juga telah melakukan 772 pemeriksaan khas Pematuhan SOP PKPP, dan mendapati kesemua premis mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Topic Berkaitan
#Hospital
#ismail sabri yaakob
#Media
#menteri
#Menteri Kanan Pertahanan
#operasi
#pati
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPD
#PKPP
#polis
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan