awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ingkar SOP, tujuh premis di Pantai Jason Bay dikompaun

Bernama
Bernama
24/08/2020
21:00 MYT
Ingkar SOP, tujuh premis di Pantai Jason Bay dikompaun
Kesemua premis terbabit kini diarah tutup oleh KKM mengikut Seksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Tujuh premis menjual makanan di pantai awam Jason Bay, Kuala Sedili, dekat Kota Tinggi, dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Hussin Zamora berkata kompaun terbabit dikeluarkan menerusi operasi bersama Task Force COVID-19 Ibu Pejabat Polis Kota Tinggi dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), di pantai itu, kelmarin.
"Semasa operasi dijalankan, didapati kesemua premis itu gagal mematuhi SOP dan protokol KKM untuk mencegah penularan COVID-19 dengan tiada kawalan pintu keluar masuk premis, tiada saringan suhu pekerja dan tiada rekod buku.
"Selain itu, pemeriksaan lanjut turut mendapati terdapat premis berkenaan tidak mengamalkan penjarakan fizikal," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Beliau berkata kesemua premis terbabit kini diarah tutup oleh KKM mengikut Seksyen 18(1)(f) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Pihaknya turut memberi amaran keras terhadap mana-mana premis dan tidak akan berkompromi jika didapati melanggar SOP ditetapkan bagi mencegah penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Kota Tinggi
#Malaysia
#perintah kawalan pergerakan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan