KUALA LUMPUR: Pengembara yang pulang dari negara yang melaporkan penularan virus SAR-CoV-2 Variant of Concern (VOC) wajib menjalani kuarantin 14 hari, berbanding 10 hari yang ditetapkan sebelum ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memutuskan pengembara yang memasuki Malaysia dari luar perlu melengkapkan tempoh kuarantin itu, susulan penemuan virus jenis baharu itu di Malaysia.

Berikut adalah antara lima perkara yang dinyatakan beliau menerusi kenyataan media:

1. Penamatan PKPD di enam lokaliti di daerah Tawau, Sabah.

2. Pelanjutan PKPD di dua lokaliti di daerah Tawau, Sabah dan Sungai Passin, Matu, Sarawak sehingga 9 Mei ini.

3. Tempoh kuarantin pengembara pula dari negara penularan VOC dinaikkan kepada 14 hari.

4. 269 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, 250 individu dikompaun manakala 16 direman.

5. 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, dua kenderaan darat dirampas menerusi Ops Benteng.