MALAYSIA
Ini cara memperbaharui Pas My50 menggunakan TNG eWallet hari ini

My50 boleh digunakan untuk perjalanan menggunakan LRT, MRT, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT.
CIRI memperbaharui My50 menggunakan TNG eWallet sudah boleh digunakan hari ini, 1 Julai 2025.
Ia dilancarkan selepas kali pertama diumumkan pada November tahun lalu dan sebenarnya ditangguhkan daripada tarikh pelancaran asal pada Mei tahun ini.
Proses memperbaharui pas My50 boleh dilakukan terus menerusi aplikasi TNG eWallet dengan mengakses ciri Travel Pass.
Cara melakukannya adalah seperti di bawah.Guna kotak carian dalam aplikasi TNG eWallet dan letak kata kunci “My50” atau “Travel Pass”.
Pilih “Travel Pass”
Tekan setuju.
Pilih kad Touch ‘n Go dengan NFC yang ingin digunakan dengan My50.
Pilih daripada senarai kad sedia ada atau daftar kad baharu.
Sentuh kad Touch ‘n Go dengan NFC ke sensor NFC telefon.
Pilih tarikh pengaktifan My50.
Tekan setuju terma & syarat.
Lakukan pembayaran.
Sentuh semula kad Touch ‘n Go ke sensor NFC telefon untuk pengaktifan.

Foto Amanz
My50 boleh digunakan untuk perjalanan menggunakan LRT, MRT, BRT, bas Rapid KL dan bas perantara MRT.
Pengguna masih boleh melakukan proses memperbaharui pas My50 secara fizikal di semua stesen tren Rapid Rail.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami