awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Ini cerita sebelum beliau jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM..."

Hilal Azmi
Hilal Azmi
05/12/2018
06:57 MYT
"Ini cerita sebelum beliau jadi Ketua Pesuruhjaya SPRM..."
AZAM BAKI: Siasatan ke atas Tan Sri Dzulkifli tiada kaitan dengan reputasi SPRM. - Gambar fail
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki menyifatkan siasatan yang dibuat ke atas Tan Sri Dzulkifli tidak memberi kesan kepada reputasi agensi berkenaan.
Katanya, siasatan yang dibuat adalah berkaitan laporan audit akhir 1Malaysia Development Berhad.
"Ia tiada kaitan dengan SPRM. Yang saya tahu, penglibatan beliau bukan ketika menjawat jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, tetapi sebagai pegawai di Jabatan Peguam Negara," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Rabu.
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM itu hadir bagi memberi keterangan bagi membantu siasatan dakwaan berlaku pindaan pada Laporan Audit Negara 1MDB.
Beliau yang memakai sut hitam berkemeja putih tiba di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira jam 10.25 pagi dengan menaiki kenderaan Nissan X- Trail berwarna hitam.
Ini merupakan kali pertama Dzulkifli dipanggil oleh SPRM berhubung kes 1MDB.
Beliau merupakan antara saksi utama selepas pihak SPRM meneliti dokumen asal laporan akhir Audit 1MDB untuk dibandingkan dengan draf akhir yang dikeluarkan Jabatan Audit Negara Malaysia (JANM).
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#Astro Awani
#Azam Baki
#Dzulkifli Ahmad
#Peguam Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan