awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini perkara yang perlu anda tahu jika kembali dari Sabah

Astro Awani
Astro Awani
30/09/2020
05:28 MYT
Ini perkara yang perlu anda tahu jika kembali dari Sabah
Individu yang baru pulang dari Sabah perlu menjalani ujian saringan terlebih dahulu sebelum menjalani HSO, dan jika negatif tidak perlu lagi menjalani HSO. Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR:Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan ramai yang masih bertanya dan keliru akan perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) bagi individu yang kembali dari Sabah.
Beliau menyatakan setiap individu yang tiba dari Sabah diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 bermula 27 September lepas.
"Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera dan daftar masuk menggunakan aplikasi ini setibanya di pintu masuk (Domestik dan Antarabangsa)
"Kemudian menjalani ujian saringan COVID-19 dan perlu menjalani kuarantin sehingga keputusan diperoleh," katanya di laman media sosial Facebook.
Jelasnya Ahli Parlimen Bera itu lagi, kesemua individu ini akan diberi surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) dan dipakaikan gelang tangan.
"Tarikh HSO adalah tarikh ketibaan di pintu masuk sehingga keputusan makmal diperoleh.
"Sekiranya keputusan ujian saringan negatif, pelepasan daripada HSO akan diberikan serta perlu ke klinik kesihatan untuk memotong gelang kuarantin tanpa perlu menunggu tempoh 14 hari," jelasnya.
Namun beliau berkata perlu diingatkan, sekiranya individu itu merupakan kontak rapat kepada pesakit COVID-19, walaupun keputusan ujian saringan negatif, maka dia wajib menjalani kuarantin selama 14 hari dan melakukan ujian saringan ulangan.
Dalam masa yang sama, sekiranya mengalami gejala, individu itu perlu menjalani ujian saringan ulangan dalam tempoh 14 hari dan kuarantinkan diri.
Tambahnya, ujian saringan dibuat kepada individu pulang dari Sabah kerana peningkatan kes dan untuk mengenal pasti status kesihatan.
"Seluruh Sabah tidak berada dalam zon merah hanya empat daerah sahaja iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna sehingga 12 Oktober.
"Sabah seperti negeri lain, Kedah sebelum ini catat peningkatan kes namun tidak dikuarantin mereka yang datang dari negeri itu," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Kedah
#Tawau
#Lahad Datu
#kesihatan
#koronavirus
#ujian saringan
#ismail sabri yaakob
#COVID-19
#menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan