awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ini sebab harga pakej umrah meningkat, menurut TH

Israr Khalid
Israr Khalid
10/01/2023
22:30 MYT
Ini sebab harga pakej umrah meningkat, menurut TH
Kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar AS juga menyumbang kepada kenaikan kos penerbangan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ketika ekonomi sedang di ambang kegawatan, sudah tentu segala macam benda naik harganya - termasuk pakej umrah.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TH Travel & Services, Datuk Ahmad Ruzman Ahmad Ghazali, peningkatan harga pakej umrah ketika ini didapati disebabkan oleh dua faktor utama, iaitu kenaikan kos penerbangan dan kos penginapan hotel.
Apa yang menyebabkan dua perkara itu mengalami kenaikan kos? Ini huraiannya:
Kos penerbangan
  • Kebanyakan pesawat tidak digunakan dalam tempoh yang lama dek pandemik COVID-19. Untuk membolehkannya beroperasi semula, pesawat perlu menjalani pemeriksaan besar (C-Check) yang terperinci dan memakan masa yang panjang, sekurang-kurangnya enam bulan. Kosnya juga tinggi.
  • Sebahagian syarikat penerbangan krunya perlu dilatih semula, selepas lama tidak berkhidmat. Ia juga memakan kos dan tempoh kurang lebih enam bulan.
  • Harga minyak mentah turut meningkat, menyebabkan harga bahan api pesawat ikut sama.
  • Untuk menampung kos yang terpaksa dibelanjakan untuk tiga perkara tersebut, syarikat penerbangan terpaksa menyerapkannya ke dalam harga tambangnya.
  • Pada masa sama, berlaku ketidakseimbangan dalam rantaian bekalan dan permintaan dek kekurangan staf serta ketidaksediaan banyak pesawat turut menyumbang kepada kenaikan harga tambang.
  • Kejatuhan nilai ringgit Malaysia berbanding dolar AS juga menyebabkan tambang menjadi lebih mahal.
Kos penginapan hotel
  • Akibat pandemik COVID-19, jemaah umrah ke Mekah dan Madinah turun mendadak menyebabkan hampir semua hotel berhenti beroperasi. Untuk ‘dihidupkan’ kembali, banyak kerja pembersihan dan pembaikan perlu dilakukan - seperti rumah yang ditinggalkan lama.
  • Kebanyakan pekerja hotel-hotel di Mekah dan Madinah adalah warga asing yang kembali ke negara asal masing-masing tatkala pandemik melanda. Untuk memanggil mereka semula, ia memakan kos lagi untuk penerbangan dan visa pekerja mereka.
Ini sebab harga pakej umrah meningkat, menurut TH.
Topic Berkaitan
#umrah
#TH
#Ahmad Ruzman Ahmad Ghazali
#kegawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan