KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menegaskan penutupan ekonomi secara menyeluruh ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan memudaratkan golongan rentan dan mudah terjejas.
Selain itu, Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata sekiranya sektor utama seperti perkilangan tidak beroperasi, ia bakal membawa impak berpanjangan dan berlarutan kepada sektor utama ekonomi.
Tegas beliau lagi, PKP 3.0 masih menggunakan prosedur operasi standard (SOP) PKP 2.0 namun aktiviti sosial diperketatkan bagi mengekang penularan COVID-19.
"PKP 1.0 telah menyebabkan kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari kepada ekonomi dan apa yang lebih membimbangkan adalah kadar pengangguran yang telah melonjak naik sehingga 5.3 peratus (826,000) pada Mei 2020. ini merupakan kadar penganguran yang tertinggi sejak krisis komoditi dalam 1980-an.
"Jika PKP 1.0 dilaksanakan semula sekarang, dianggarkan lebih 1 juta rakyat Malaysia akan menganggur. Lebih membimbangkan pengangguran ini adalah tidak sekata dan lebih tertumpu kepada golongan yang bekerja sendiri, belia, wanita serta mereka yang berkemahiran rendah.
"Di samping berisiko pengangguran, 2.8 juta rakyat yang merangkumi bekerja sendiri, PKS mikro, serta usahawan kecil akan lebih terjejas melalui pengurangan pendapatan. Oleh itu, kerajaan telah memutuskan melaksanakan PKP secara lebih bersasar terhadap jenis aktiviti yang dibenarkan berdasarkan pengalaman dan pengetahuan yang lebih mendalam sejak wabak ini melanda negara kita sejak Mac tahun lepas," katanya dalam sidang media PKP 3.0 di sini, hari ini.
Katanya lagi kadar pengangguran negara telah menunjukkan penurunan kepada 4.7 peratus pada Mac tahun ini.
Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata jika kerajaan memberhentikan aktiviti ekonomi pada PKP 3.0, ketidaktentuan berhubung kelangsungan perniagaan bakal menyebabkan sektor swasta menanggung pelaburan dan pengajian pekerja.
Tambahnya, PKP 1.0 turut memberi kesan kepada kos sosial dan impak signifikan kepada tahap simpanan dan kewangan rakyat serta syarikat, dimana 82 peratus daripada sektor swasta hanya mempunyai simpanan yang dapat menampung selama dua bulan.
Manakala, 68 peratus perniagaan dilaporkan tidak mendapat hasil jualan dalam tempoh PKP 1.0, ujarnya.
Justeru, katanya sekiranya sektor ekonomi ini ditutup sekali lagi, kebanyakan perniagaan akan gulung tikar dan memberi impak secara langsung kepada pengangguran.
Untuk ekonomi global pula, Tengku Zafrul berkata, ia diunjurkan berkembang enam peratus pada tahun ini, sementara perdagangan dunia berkembang sebanyak 8.4 peratus.
"Dengan pemulihan ekonomi sedunia, adalah penting untuk kerajaan memastikan ekonomi terutamanya yang berasaskan eksport dapat terus beroperasi untuk memanfaatkan pertumbuhan permintaan antarabangsa dan selanjutnya menjana peluang pekerjaan sambil kita menguruskan pandemik COVID-19," katanya lagi.
Tegas beliau, sejak peningkatan kes COVID-19, tiada sebuah pun negara yang menutup ekonomi mereka sepenuhnya.
Hasimi Muhamad
Wed May 12 2021
PKP 3.0 masih menggunakan prosedur operasi standard (SOP) PKP 2.0 namun aktiviti sosial diperketatkan bagi mengekang penularan COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
4,994 kes buli direkodkan dari Januari hingga Oktober 2023
Hui Ying memaklumkan kerajaan bercadang untuk menambah jumlah guru kaunseling sekiranya kes buli terus meningkat.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Rumah 'diconteng' bekas kartunis jadi galeri
Seorang bekas kartunis mengisi masa terluang sepanjang tempoh PKP tiga tahun lepas dengan 'menconteng' dinding rumah rakannya di Kampung Melayu.
Projek rumah sakit, lewat siap, terbengkalai dijangka meningkat
Jumlah projek perumahan swasta berstatus lewat, sakit dan terbengkalai dijangka meningkat susulan kesan PKP akibat penularan COVID-19 yang masih menjejaskan syarikat pemaju.
Lahirkan insan holistik, seimbang perlu proses pembelajaran berterusan - Othman
Insan holistik dan seimbang tidak boleh dicapai melalui satu sesi pembelajaran atau dalam tempoh satu semester sahaja.
MB cadang tambah gerabak, kekerapan tren shuttle Tebrau ke Woodlands
Cadangan itu difahamkan telah diutarakan kepada pihak KTMB dalam lawatan beliau ke stesen Johor Bahru Sentral pagi tadi.
Asad Motawh tak suka menunjuk-nunjuk rumah sendiri
Masih muda, namun penyanyi dan pempengaruh Asad Motawh sudah memiliki aset sendiri iaitu rumah ketika usianya 19 tahun.
"Maggi tu saya patah dua, satu 'breakfast', satu lagi simpan 'dinner'" - Amir Ahnaf
Amir bergelut sebagai anak seni terutama ketika pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Jaja Ishak tiada masalah terus bekerjasama dengan Hafidz Roshdi
Penerbit drama Jaja Ishak tidak punyai sebarang masalah untuk terus bekerjasama dengan pelakon yang terkait dengan kontroversi rumah tangga sebelum ini seperti Hafidz Roshdi.
Permohonan nikah di Siam meningkat dua kali ganda
Peningkatan itu berlaku susulan pembukaan semula sempadan negara selepas ditutup selama hampir dua tahun.