Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di dua lokaliti di Setiawan, Perak dan Keningau, Sabah ditamatkan. 

Pada masa sama, PKPD di empat lokaliti di Tawau, Sabah dilanjutkan. 

Berikut senarai PKPD yang ditamatkan: 

PKPD Kilang YTY dan Asrama Pekerja, Lekir, Setiawan, Perak

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 1,248 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 647 kes positif COVID-19 telah direkodkan.
 
KKM mengesahkan tiada lagi kes baharu dilaporkan sejak 6 April 2021 dan kesemua kontak rapat akan tamat HSO pada 15 April 2021.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kilang YTY dan Asrama Pekerja, Lekir, Setiawan, Perak pada 15 April 2021 seperti yang dijadualkan.

PKPD Kampung Rimbayan, Keningau, Sabah

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 304 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 43 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

KKM mengesahkan baki kes aktif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan serta kesemua kes positif telah menerima rawatan.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kampung Rimbayan, Keningau, Sabah pada 15 April 2021 seperti yang dijadualkan.

Dalam pada, berikut adalah PKPD yang dilanjutkan: 

PKPD Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balung, Tawau, Sabah

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 265 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak 66 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

KKM mengesahkan terdapat 122 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan penularan jangkitan COVID-19 masih berlaku di lokaliti ini.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Ranggu Batu 10, Mukim Balung, Tawau, Sabah bermula 15 April sehingga 28 April 2021.

PKPD Fasa 2 Taman Semarak, Mukim Balung, Tawau, Sabah

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 160 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak lapan (8) kes positif COVID-19 telah direkodkan.

KKM mengesahkan terdapat 99 baki sampel saringan sedang menunggu keputusan dan masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk taman di kawasan PKPD.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Fasa 2 Taman Semarak,
Mukim Balung, Tawau, Sabah bermula 15 sehingga 28 April 2021. 

PKPD Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri Tanjung, Tawau, Sabah

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 847 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 68 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

KKM mengesahkan terdapat 441 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk kampung di kawasan PKPD.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Baru Pasir Putih, Mukim Sri
Tanjung, Tawau, Sabah berkuatkuasa 15 April sehingga 28 April 2021.

PKPD Kampung Simpang 3A, Merotai Besar, Tawau, Sabah

Sehingga kini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaksanakan 745 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif sebanyak 28 kes positif COVID-19 telah direkodkan.

KKM mengesahkan terdapat 696 baki sampel saringan yang sedang menunggu keputusan dan masih berlaku penularan berterusan dalam kalangan penduduk kampung di kawasan PKPD.

Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Kampung Simpang 3A, Merotai Besar, Tawau, Sabah bermula 16 sehingga 29 April 2021.