awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam mulakan pembinaan stadium terbesar dunia
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ini tuduhan serius terhadap pejabat saya' - Khairy

Astro Awani
Astro Awani
20/05/2021
13:23 MYT
'Ini tuduhan serius terhadap pejabat saya' - Khairy
Sebelum ini, Khairy mendakwa tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Sinovac kepada kerajaan Pulau Pinang merupakan satu penipuan (scam). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendakwa terdapat satu tuduhan serius terhadap pejabatnya berhubung seorang individu bernama 'Yong Chee Kong'.
“This is a serious allegation against my office here (ini tuduhan serius terhadap pejabat saya)," tegas Khairy menerusi akaun Twitternya pada Khamis.
Khairy, menjelaskan pegawainya telah menghubungi 'Chee Kong' sebelum ini untuk bertanya adakah dia mempunyai bukti sumbangan yang mahu diberikan kepada kerajaan Pulau Pinang.
Jelas Khairy, sekiranya terdapat bukti mengenai sumbangan itu, pihaknya akan mempermudahkan urusan berkenaan seperti memesan vaksin Sinovac keluaran China.
Namun jelas Khairy, individu terbabit memberitahu tidak mempunyai bukti berkenaan, sebaliknya memiliki wang di dalam akaun di Hong Kong.
Serious allegation against my office here. My officer got in touch with a person claiming to be Yong Chee Kong. She asked him if he had proof of the donation so we can facilitate it (e.g. order with Sinovac). He said no. He said he has money in an account in Hong Kong. https://t.co/Xhbl35p4o3
— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) May 20, 2021
Sebelum ini, Khairy mendakwa tawaran sumbangan dua juta dos vaksin Sinovac kepada kerajaan Pulau Pinang merupakan satu penipuan (scam).
BACA: Sumbangan 2 juta dos vaksin: Pulau Pinang kena 'scam' - Khairy
BACA: Sumbangan 2 juta dos vaksin: Syarikat nafi cuba 'scam' kerajaan Pulau Pinang
Dalam satu sidang media pada Rabu, Khairy mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow yang memohon kerajaan Persekutuan meluluskan sumbangan vaksin tersebut dari sebuah syarikat swasta untuk kegunaan rakyat negeri itu.
Sumbangan 2 juta dos vaksin COVID-19 kepada kerajaan Pulau Pinang adalah palsu
Terdahulu, kru Astro AWANI di Kota Kinabalu, Sabah berjaya menghubungi individu yang dipercayai ‘Chee Kong’ untuk memberi maklum balas terhadap kenyataan Khairy berhubung pemberian dua juta vaksin kepada kerajaan Pulau Pinang.
Saya akan minta CITF membuat laporan polis - Khairy Jamaluddin
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Yong Chee Kong
#pulau pinang
#Sinovac
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan