Inisiatif nasional untuk meringankan beban yang dicetuskan oleh pandemik COVID-19 ke atas rakyat dan pada masa yang sama merangsangkan sentimen hartanah, telah diterima baik oleh golongan pencari rumah, demikian menurut Kajian Sentimen Pengguna PropertyGuru Malaysia Separuh Kedua 2020.
Kajian menunjukkan rakyat Malaysia paling berpuas hati dengan moratorium pembiayaan enam bulan Bank Negara Malaysia (BNM), seperti yang ditunjukkan oleh majoriti 39 peratus responden.
Ini diikuti oleh Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang dilancarkan pada 5 Jun bagi menangani cabaran utama pemilikan rumah seperti yang diperkatakan oleh pihak berkepentingan hartanah dan pencari rumah, termasuklah harga hartanah dan duti setem.
"Moratorium BNM adalah langkah yang tepat pada waktunya. Ia berjaya mendapat pujian, mengatasi inisiatif lain seperti bantuan kewangan Bantuan Prihatin Nasional (11 peratus) dan penyusunan semula pengeluaran Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (sembilan peratus) dengan margin yang luas," kata Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Sheldon Fernandez.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, beliau berkata walaupun fasa pertama moratorium akan berakhir pada bulan September, ia telah berjaya membantu 43 peratus peserta membina semula penampan kewangan mereka.
Beliau menambah, ia juga membantu mereka menyelaraskan kos sara hidup (34 peratus) dan mengalihkan hala tuju kewangan ke pelaburan alternatif (16 peratus).
Kajian itu turut menyebut warga muda Malaysia dan mereka yang berasal daripada latar belakang berpendapatan rendah berkemungkinan besar menyatakan kepuasan dengan langkah-langkah yangdiperkenalkan.
Ini ialah kerana sifat peruntukan bantuan PENJANA dan pakej pemulihan lain yang lebih disasarkankepada golongan kurang berkemampuan.
Kajian juga mendapati bahawa 44 peratus responden memilih moratorium manakala 48 peratus pemilik rumah tidak memilih, sekali gus menunjukkan kemampuan mereka untuk membayar ansuran pinjaman semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
"Bagi golongan yang memilih moratorium, langkah ini merupakan pertolongan yang amat diperlukan dan tepat pada masanya," katanya.
Ia berkata golongan muda Malaysia adalah antara demografi yang paling berkemungkinan memilihmoratorium ini, dengan 43 peratus responden berumur 22-29 tahun mengambil bahagian.
Demografi ini juga paling berkemungkinan besar (34 peratus) berpuas hati dengan langkah-langkahkerajaan untuk menstabilkan pasaran hartanah secara keseluruhanan, bersama-sama dengan golongan berpendapatan rendah (39 peratus).
Kajian turut meninjau pendapat rakyat Malaysia mengenai aspek perjalanan pemilikan hartanah manakah yang mereka rasa memerlukan perhatian kerajaan semasa PKP.
Aspek-aspek ini merangkumi pengurangan kadar faedah untuk pinjaman perumahan (81 peratus), reformasi Cukai Keuntungan Hartanah (CKHT) (73 peratus), pengurangan duti setem (61 peratus) dan pendahuluan (54 peratus) serta pengembangan maksimum jangka masa pinjaman (24 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 11 2020
Kajian menunjukkan rakyat Malaysia paling berpuas hati dengan moratorium pembiayaan enam bulan Bank Negara Malaysia (BNM), seperti yang ditunjukkan oleh majoriti 39 peratus responden. - Gambar fail
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.