KUALA LUMPUR: Program Payung Rahmah yang diperkenalkan kerajaan bagi membantu golongan B40 mendepani isu kos sara hidup adalah satu inisiatif baik, namun bukan untuk jangka masa panjang.
Pengasas Bersama Industries Unite (IU), Datuk David Gurupatham berkata, tanpa penstrukturan dan perancangan yang betul, ia akan memberi impak negatif kepada ekonomi, khususnya kelangsungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
"Untuk tempoh singkat, retailer dan pengeluar boleh absorb tetapi untuk jangka masa panjang, kalau tidak distruktur dengan betul, ia tak baik untuk ekonomi khasnya PMKS sebab mereka tak ada profit tetapi sentiasa kena keluarkan kos tinggi.
"Ini ada impak negatif, mereka akan gulung tikar dan kalau PMKS gulung tikar, susah untuk kita kerana mereka menyumbang 70 peratus ekonomi negara.
"Jadi kena kaji dengan betul, tahu di mana pembaziran dalam ekonomi dan rantaian bekalan, selain kena ada langkah lain seperti turunkan kos bekalan, galakkan pembelian atas talian dan sebagainya," katanya ketika muncul sebagai tetamu program Pantau Kos Sara Hidup, pada Rabu.
Berhubung kenaikan harga barangan semasa musim perayaan, David menjelaskan kerajaan perlu mencari jalan untuk meningkatkan rantaian bekalan kerana punca utama situasi itu ialah kerana sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak yang menyimpan stok (hoarding) sehingga menyebabkan bekalan berkurangan.
"Musim perayaan permintaan tinggi kerana orang beli barang sama. Apabila tak cukup supply harga akan naik, jadi kena cari jalan macam mana nak turunkan harga.
"Pertama kena ada plan meningkatkan bekalan sebab kita tahu ada pihak suka hoarding, jadi kalau bekalan banyak, hoarding tidak efektif jadi harga akan turun.
"Kedua masalah gaji, keupayaan membeli di musim perayaan kerana kita tahu ada kos lain yang pengguna kena beri perhatian.
"Jadi kita boleh beri mereka bantuan, mungkin subisidi yang bersasar seperti elektrik, air, petrol dan pengangkutan supaya mereka ada keupayaan membeli," tambahnya.
Beliau dalam masa yang sama melihat perlunya subsidi bersasar dilaksanakan segera bagi membolehkan imbangan dalam ekonomi diperolehi, sekali gus menurunkan harga barang bagi tempoh jangka panjang.
"Kalau tengok sistem subsidi sekarang, RM80 bilion dibelanja untuk subsidi. Kalau wang itu masuk dalam ekonomi, ini akan dapat mengimbangi ekonomi.
"Kerajaan juga boleh buat pelan jangka panjang untuk tempoh 10 tahun seperti cari jalan naikkan gaji," jelasnya lagi.
Madiha Abdullah
Wed Mar 29 2023
Inisiatif Payung Rahmah dikatakan akan memberi impak negatif kepada ekonomi, khususnya kelangsungan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). - Fail/BERNAMA
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Konsep Payung Rahmah diperluas dengan penyertaan swasta, industri - Armizan
Melalui inisiatif berkenaan, pihak swasta dan industri boleh memperkenalkan sebarang program berbentuk ihsan kepada komuniti serta pekerja seperti pemberian diskaun, rebat dan pulangan tunai.
Inisiatif Payung Rahmah diteruskan sebagai agenda nasional negara
Inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub akan diteruskan kerana ia merupakan agenda nasional negara.
Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat - PM Anwar
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Terima kasih semua, legasi Payung Rahmah akan terus diperjuangkan
KPDN yakin semua usaha-usaha serta sumbangan Allahyarham akan terus diperjuangkan sebagai legasi yang hidup sepanjang zaman.
Keperibadian tinggi Salahuddin dikenang rakan Kabinet, pemimpin politik
Salahuddin akan dikenang sebagai pemimpin berjiwa besar dalam menjalankan tugas khususnya bagi meringankan beban serta kos sara hidup rakyat menerusi inisiatif Payung Rahmah.
Belasungkawa: 'Rahmah adalah Salahuddin, Salahuddin adalah Rahmah' - Prof Siva
Susur galur dan pengalaman Allahyarham dalam bidang politik juga memberi paparan bahawa beliau seorang pemimpin yang mengetahui apa yang berlaku di peringkat bawah.
Salahuddin Ayub pejuang kos sara hidup rakyat
Datuk Seri Salahuddin Ayub akan dikenang sebagai pejuang rakyat terutama dalam isu kenaikan kos sara hidup dengan memperkenal pelbagai inisiatif di bawah 'Payung Rahmah'.
Kempen 'Kasih Sayang Ibu dan Si Manja' di bawah inisiatif Payung Rahmah dilancarkan
KPDN hari ini melancarkan kempen 'Kasih Sayang Ibu dan Si Manja' di bawah Inisiatif Payung Rahmah, anjuran pasar raya Mydin bagi mengurangkan beban ibu bapa dalam membeli barangan keperluan anak-anak.
Lebih sejuta rakyat nikmati inisiatif Payung Rahmah sejak diperkenalkan - Salahuddin
Lebih sejuta rakyat di negara ini khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar telah menikmati manfaat inisiatif Payung Rahmah.
Inisiatif Payung Rahmah terbukti berjaya stabilkan inflasi - Salahuddin
Kedudukan inflasi dengan trend mereda bagi Subkumpulan Makanan di Luar Rumah iaitu pada kadar 8.1 peratus turut disumbangkan oleh pengenalan Menu Rahmah pada 31 Jan lepas.