awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inisiatif Pucuk Hijau UMW dijangka melangkaui sasaran tanam 300,000 pokok bakau menjelang akhir tahun

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
13/12/2023
12:40 MYT
Inisiatif Pucuk Hijau UMW dijangka melangkaui sasaran tanam 300,000 pokok bakau menjelang akhir tahun
Kumpulan Syarikat UMW berjaya menanam lebih 270,000 pokok bakau di sepanjang pesisiran pantai di negara ini setakat 31 Oktober 2023. - Foto ihsan UMW
KUMPULAN Syarikat UMW berjaya menanam lebih 270,000 pokok bakau di sepanjang pesisiran pantai di negara ini setakat 31 Oktober 2023.
Inisiatif Pucuk Hijau tersebut diteruskan lagi dengan penanaman sebanyak 2,000 pokok bakau di Cherating, Pahang baru-baru ini melibatkan sukarelawan pelajar-pelajar dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah.
Menurut Ketua Tanggungjawab Korporat UMW, Akhbar Puteh, di negeri Pahang sahaja, pihaknya berjaya menanam lebih 12,000 pokok bakau menjadikan 273,442 pokok bakau ditanam di seluruh negara setakat 31 Oktober 2023.
Aktiviti penanaman pokok bakau di Cherating, Pahang.
Aktiviti penanaman pokok bakau di Cherating, Pahang.
“Untuk makluman, setiap program penanaman bakau ini pihak UMW akan cuba untuk melibatkan semua ‘stakeholder’ atau pihak berkepentingan lain untuk turut terlibat dalam menanam pokok ini.
“Lazimnya pemeliharaan dan pemuliharaan pokok bakau ini, selain dapat memulihkan dan menambah baik ekosistem dan biodiversiti, ia merupakan salah satu usaha untuk menangani isu pelepasan gas rumah hijau dan juga merupakan salah satu usaha Kumpulan UMW untuk mencapai neutral karbon menjelang 2050.
“Dengan 300,000 bakau yang disasarkan ini, dijangkakan lebih 6,000 tan karbon dioksida dapat diserap setiap tahun,” katanya kepada AWANI Pagi.
Inisiatif Pucuk Hijau.
Inisiatif Pucuk Hijau.
Beliau pada masa sama, turut menjelaskan, objektif utama Inisiatif Pucuk Hijau UMW ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Shanmugaraj Subramaniam, berpendapat inisiatif yang turut melibatkan komuniti setempat ini adalah penting untuk memelihara ekosistem marin terutamanya di kawasan muara sungai di Cherating.
Inisiatif Pucuk Hijau.
Inisiatif Pucuk Hijau.
Tonton temubual penuh “Inisiatif Pucuk Hijau UMW di Cherating, Pahang” menerusi pautan ini:
AWANI Pagi: Inisiatif Pucuk Hijau UMW di Cherating, Pahang
Topic Berkaitan
#Inisiatif Pucuk Hijau UMW
#Kumpulan Syarikat UMW
#pokok bakau
#Cherating
#Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan