MALAYSIA
Inisiatif ToT dan Rakan NADMA@Sahabat YPM perkasa sukarelawan Sabah-Labuan

Ahmad Zahid ketika merasmikan Kursus 'Train of Trainers' (ToT) Khas Sahabat dan Sekretariat YPM di Kota Kinabalu hari ini. - Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU: Seramai 500 peserta dari Sabah dan Labuan menyertai Kursus Train of Trainers (ToT) Khas Sahabat dan Sekretariat Yayasan Pelajaran Mara (YPM) yang berlangsung di sini, hari ini.
Ringkasan AI
- Seramai 500 peserta dari Sabah dan Labuan menyertai Kursus Train of Trainers (ToT) Khas Sahabat dan Sekretariat Yayasan Pelajaran Mara (YPM) untuk memperkukuh inisiatif pendidikan dan melahirkan pembimbing akar umbi di komuniti.
- Program ini turut melancarkan inisiatif Rakan NADMA@Sahabat YPM, memperkasakan sukarelawan sebagai barisan hadapan kesiapsiagaan bencana di peringkat komuniti melalui kerjasama dengan NADMA dan agensi di bawah KKDW.
- Sinergi antara pendidikan, kesiapsiagaan bencana dan sokongan komuniti ini diharap dapat memberi inspirasi serta manfaat kepada masyarakat luar bandar, termasuk pelajar di kampung, pulau dan pedalaman.
“Sahabat dan Sekretariat YPM di Sabah perlu tampil sebagai role model kepada belia setempat serta menjadi agen perubahan yang mampu menginspirasi, membimbing dan menunjukkan jalan yang betul kepada anak-anak muda kita.
“Kita juga akan terus memperkukuh program motivasi, bimbingan SPM serta outreach TVET di seluruh pelusuk Sabah,” katanya dalam ucapan merasmikan program tersebut.
Pada majlis sama, Ahmad Zahid turut melancarkan inisiatif baharu Rakan NADMA@Sahabat YPM, hasil kerjasama strategik antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan YPM.
Melalui inisiatif ini, Sahabat YPM akan diperkasa sebagai sukarelawan kesiapsiagaan bencana di peringkat komuniti, sekali gus menjadi barisan hadapan sokongan masyarakat ketika berlakunya bencana alam atau kecemasan.
“Sejajar dengan komitmen ini, kerjasama turut diperluaskan dengan agensi-agensi di bawah KKDW termasuk GiatMARA, yang berganding bahu menyalurkan sumbangan kepada mangsa banjir melalui kolaborasi bersama NADMA.
“Sinergi ini melambangkan pendekatan holistik kerajaan dalam mengintegrasikan pendidikan, kesiapsiagaan bencana, dan sokongan komuniti di seluruh negara,” jelasnya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Noraini Ahmad; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengerusi MARA, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami