Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi percaya anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim turun dengan sendirinya tanpa ditarik atau dipaksa.
"Berdasarkan soalan peguam si mati, pada pandangan saya Adib keluar sendiri daripada kenderaan EMRS," katanya kepada peguam mewakili kerajaan (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sebaik sahaja ditanya mengenai kesan calar di pinggang Muhammad Adib.
Menurut saksi, kesan calar yang terdapat pada pinggang kiri mangsa berkemungkinan berpunca akibat geseran yang mengenai pada bahagian pengunci di daun pintu van EMRS.
Mengulas mengenai kesan pada tiga butang baju celoreng yang tertanggal, katanya kecederaan hanya berlaku jika kolar baju bersentuhan dengan kulit dan didapati tiada kesan sedemikian pada tubuh badan mangsa.
"Berdasarkan tercabutnya butang ini, mungkin akan ada koyakan berdasarkan impak ini.
"Kawasan yang mempunyai sentuhan baju, di mana adanya kolar akan mengakibatkan geseran pada leher dan tiada kesan dijumpai terhadap si mati," katanya ketika menjawab soalan oleh peguam, Syazlin Mansor.
BACA: Inkues Adib: Status di Facebook punca saya dikecam - Pakar forensik
Dalam pada itu pihaknya juga berkata, kepatahan melibatkan tulang rusuk pada bahagian belakang kiri mangsa yang berpunca dari hentaman objek keras seperti belakang parang adalah sangat mustahil dan tidak konsisten dengan corak kecederaan.
"Impak perlu kuat dengan menghayun jika dipukul belakang si mati.
"Jika objek itu ditarik juga mesti ada calar... si mati tiada calar di belakangnya,” katanya kepada Mahkamah Koroner hari ini.
Mahkamah Koroner pada Rabu turut menyaksikan rakaman lakonan semula kejadian oleh pihak polis berdasarkan laporan bedah siasat bagi melihat gambaran kejadian.
Setakat ini, saksi ke-24 ini telah memberi keterangan selama dua hari dan dijangka akan dipanggil semula pada Khamis untuk menyambung lagi keterangan.
Prosiding di hadapan Koroner, Rofiah Mohammad bersambung seperti biasa esok.
Hilmi Malik
Tue Mar 26 2019
Dr Ahmad Hafizam Hasmi hadir pada inkues menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim di Kompleks Mahkamah Shah Alam. - Foto BERNAMA
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Inkues Adib: Keberadaan saksi pakar HKL dipersoal
Kehadiran Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang bersama di barisan Pegawai Pengendali Inkues menimbulkan soal tidak puas hati oleh wakil pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Inkues Adib: Tolak kemungkinan Adib ditolak dari arah hadapan - Pakar forensik
Dr Ahmad Hafizam Hasmi menolak kemungkinan Muhammad Adib Mohd Kassim ditolak dari arah hadapan sebelum bahagian rusuk belakang kirinya menerima impak daun pintu Van EMRS
Inkues Adib: Muhammad Adib dipercayai turun sendiri dari EMRS - Pakar forensik
Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi percaya anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim turun dengan sendirinya tanpa ditarik atau dipaksa.