awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Adib: Pakar fizik UiTM akan dipanggil beri keterangan

Hilmi Malik
Hilmi Malik
05/07/2019
03:47 MYT
Inkues Adib: Pakar fizik UiTM akan dipanggil beri keterangan
Mahkamah Koroner Shah Alam akan memanggil seorang pakar fizik bagi membantu memberi keterangan bagi siasatab kes pelanggaran sehingga menyebabkan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim. - Gambar fail
Mahkamah Koroner Shah Alam telah menetapkan tarikh 16 Julai ini untuk memanggil seorang pakar fizik bagi membantu memberi keterangan berhubung teori daya pelanggaran melibatkan dua kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) terhadap anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.
Koroner Rofiah Mohammad memaklumkan saksi ke-30 itu ialah Dr Amir Radzi Ab Ghani dari Universiti Teknologi Mara akan dipanggil untuk memberi keterangan pada tarikh berkenaan.
"Saksi ini perlu bersedia untuk bantu mahkamah dari segi persoalan dan apa yang diperlukan pada tarikh 16 dan 17 (Julai)," katanya kepada pasukan pegawai pengendali dan peguam mewakili keluarga Muhammad Adib.
Menyentuh mengenai keperluan untuk memanggil pakar forensik pula, beliau berkata, tiada sebarang keperluan lagi buat masa ini sehingga selesai keterangan saksi ke-30.
Pakar fizik yang dipanggil ini juga tidak mempunyai sebarang isu kepentingan terhadap inkues yang sebelum ini menjadi pertikaian dua saksi pakar iaitu Dr Ahmad Hafizam Hasmi dan Prof Dr Shahrom Abdul Wahid.
Setakat ini seramai 29 saksi telah dipanggil memberi keterangan merangkumi saksi pakar dan saksi awam berhubung kematian Allahyarham Muhammad Adib yang meninggal dunia pada 17 Disember 2018 selepas 21 hari dirawat di Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur. BACA: Inkues Adib: 'Metodologi pakar forensik HKL salah'
BACA: 'Tindakan conteng mural Muhammad Adib tidak waras' - KP Bomba
Topic Berkaitan
#Inkues Adib
#Mahkamah Koroner Shah Alam
#Muhammad Adib Mohd Kassim
#Pakar fizik UiTM akan dipanggil beri keterangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan