awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut, empat cedera dalam dua nahas berasingan di Batu Gajah, Lenggong
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inkues Nora Anne ditangguhkan 14 Sept - Koroner

Bernama
Bernama
04/09/2020
05:46 MYT
Inkues Nora Anne ditangguhkan 14 Sept - Koroner
Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos tahun lepas, sehari selepas beliau dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan Pantai di Seremban. - Gambar fail
Prosiding inkues bagi mencari punca kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin di Mahkamah Koroner Seremban ditangguhkan ke 14 Sept, setelah berlangsung selama dua minggu.
Koroner Maimoonah Aid membuat ketetapan itu pada prosiding hari ini dan memutuskan, dua saksi akan dipanggil memberi keterangan pada prosiding yang dijadualkan berlangsung sehari itu.
Terdahulu, posiding inkues berkenaan yang berlangsung di hadapan Maimoonah bermula 24 Ogos lepas, menyaksikan seramai 14 daripada 64 saksi kes berkenaan, telah memberi keterangan.
BACA: Prosiding inkues kes kematian Nora Anne Quorin bermula
Nora Anne, 15, hilang pada 4 Ogos tahun lepas, sehari selepas beliau dan keluarga tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu di sebuah pusat peranginan Pantai di sini, kira-kira 60 kilometer di selatan ibu negara.
Pada 13 Ogos 2019, mayat Nora Anne ditemukan berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapannya susulan pencarian besar-besaran yang dilakukan pihak berkuasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anak
#hilang
#inkues Nora Anne
#keluarga
#mahkamah
#Mahkamah Koroner Seremban
#Malaysia
#mayat
#Nora Anne Quoirin
#remaja
#Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan