MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: Peguam akui berdepan cabaran kenal pasti tarikh tulisan diari, buku

Beberapa dokumen termasuk buku milik arwah telah diserahkan kepada pakar forensik untuk dianalisis, namun sebahagian daripadanya masih belum ditender sebagai bahan bukti.
KOTA KINABLU : Pasukan peguam yang mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir, berdepan cabaran mengenal pasti tarikh penulisan dokumen termasuk diari remaja itu, kerana kebanyakan tulisan tidak disertakan tarikh yang jelas.
Ringkasan AI
- Pasukan peguam berdepan kesukaran mengenal pasti tarikh sebenar penulisan dokumen termasuk diari Allahyarham kerana kebanyakan tulisan tidak disertakan tarikh yang jelas dan hanya disusun secara kronologi.
- Beberapa dokumen telah diserahkan kepada pakar forensik untuk dianalisis, namun sebahagian daripadanya belum ditender sebagai bahan bukti dan masih dalam penelitian Jabatan Kimia, termasuk buku 240 muka surat yang hanya 15 helai ditender setakat ini.
- Analisis awal menunjukkan percampuran gaya tulisan antara tahun 2024 dan 2025, menimbulkan keraguan terhadap ketepatan tarikh, dan peguam mempertimbangkan analisis dakwat serta kertas bagi memastikan susunan kronologi yang tepat.
"Cabaran utama adalah kebanyakan tulisan tidak mempunyai tarikh yang tepat, hanya susunan secara kronologi,” katanya ketika ditemui di luar Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, pada Rabu.
Menurutnya, analisis awal daripada pakar forensik minggu lalu menunjukkan perbezaan ketara dalam gaya tulisan, malah ada cebisan tulisan yang didapati bercampur antara tahun 2024 dan 2025.
“Ini menimbulkan keraguan tentang ketepatan tarikh. Kita mungkin perlu meneliti kertas dan dakwat yang digunakan bagi memastikan susunan kronologi yang betul,” jelasnya.
Mohd Syarulnizam menambah, pihaknya telah mendapat kebenaran untuk mengakses bahan berkenaan bermula esok, namun tidak menolak kemungkinan memohon tempoh tambahan jika masa yang diberi tidak mencukupi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami