MALAYSIA
Inkues Zara Qairina: 'Pelajar A' bermalam di rumah Zara empat hari sebelum kejadian

Ibu Zara Qairina memaklumkan kepada Ketua Warden Asrama bahawa pelajar A telah bermalam di rumah Allahyarham sebelum kejadian.
KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner hari ini diberitahu bahawa empat hari sebelum pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, ditemui tidak sedarkan diri di kawasan asrama, seorang remaja dikenali sebagai 'Pelajar A' telah bermalam di rumah Allahyarham.
Ringkasan AI
- Mahkamah Koroner dimaklumkan bahawa empat hari sebelum Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri, seorang remaja dikenali sebagai Pelajar A telah bermalam di rumah Allahyarham dan dianggap sebagai kawan rapat oleh keluarga.
- Pelajar A merupakan antara lima remaja yang didakwa atas tuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara, dengan maklumat ini dikemukakan oleh Ketua Warden Asrama SMKA Tun Datu Mustapha dalam prosiding inkues hari ke-10.
- Prosiding inkues akan bersambung Isnin depan di hadapan Koroner Amir Shah Hassan.
"Pada 12 Julai, semasa sekolah mengadakan gotong-royong PIBG, Pelajar A mengikut Zara pulang ke Sipitang. Mungkin sebab itu ibu Zara menganggap Pelajar A rapat dengannya,” kata Azhari yang merupakan saksi kelapan prosiding inkues yang memasuki hari ke-10 hari ini.
Azhari berkata demikian ketika menjawab soalan peguam Joan Goh, yang mewakili Pelajar A.
Pelajar A merupakan antara lima remaja yang didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak pada 20 Ogos lalu atas tuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina.
Prosiding inkues akan bersambung pada Isnin depan di hadapan Koroner Amir Shah Hassan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami