awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai kapal dipenjara sebulan, denda sebabkan kecederaan kadet maritim
Bekas Panglima Tentera Darat, dua isteri ditahan SPRM
Tahap kesiapsiagaan venue Sukma 2026 capai 80 peratus - Mohd Najwan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Innovathon 3: Inovasi semburan organik, Spray Fresh juara minggu kelima

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2026
00:30 MYT
Innovathon 3: Inovasi semburan organik, Spray Fresh juara minggu kelima
Inovasi semburan organik, Spray Fresh diumumkan sebagai pemenang minggu kelima program INNOVATHON 3 yang disiarkan pada malam Sabtu lalu.
KUALA LUMPUR : Inovasi semburan organik, Spray Fresh diumumkan sebagai pemenang minggu kelima program INNOVATHON 3 yang disiarkan pada malam Sabtu lalu.
Spray Fresh berjaya memikat barisan juri menerusi teknologi semburan semula jadi yang membantu melindungi buah dan sayur daripada kerosakan, sekali gus memanjangkan tempoh kesegarannya.
Produk ini berfungsi memusnahkan bakteria perosak yang menyebabkan hasil tuaian cepat rosak, sekali gus melambatkan proses pereputan dengan hasil kajian menunjukkan jangka hayat buah dan sayur boleh bertahan sehingga dua kali ganda lebih lama.
Setakat ini, Spray Fresh telah digunakan pada pelbagai hasil tuaian termasuk salad, jambu batu, betik dan pisang, selain menerima sambutan menggalakkan daripada peladang yang berminat untuk menguji keberkesanannya pada durian.
Selain selamat dimakan tanpa perlu dibasuh, Spray Fresh juga mesra alam dan bebas bahan toksik, menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian.
Produk ini turut membantu mengurangkan keperluan penyimpanan sejuk kerana hasil tuaian boleh disimpan lebih lama tanpa bergantung sepenuhnya kepada peti sejuk, sekali gus menjimatkan penggunaan elektrik.
Spray Fresh direka untuk kegunaan semua peringkat rantaian bekalan, termasuk peladang, pengedar dan pengguna.
Program TV inovasi terbaik Asia, INNOVATHON dengan kerjasama Astro dan Kementerian Ekonomi dan MOSTI ini menyaksikan skala yang lebih besar dan penyertaan dua kali ganda tahun ini berbanding tahun sebelumnya.
Saksikan pelbagai idea dan ciptaan inovatif kreatif ini setiap Sabtu, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro RIA (saluran 104), Astro Vaanavil, Astro Showcase dan strim di Astro GO serta sooka.
Topic Berkaitan
#Kementerian Ekonomi
#MOSTI
#Organik
#Spray Fresh
#INNOVATHON
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan