awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Pegawai kanan ATM, Mohamed Fauzi didakwa pecah amanah RM5 juta
Kerajaan MADANI lulus RM350,000 naik taraf dua pusat pendidikan Islam
Peringatan KSN: Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana penjawat awam terlibat salah guna kuasa, rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insentif cukai, geran sehingga RM40 juta kepada penaja Ekspo 2020 Dubai

Isabelle Leong
Isabelle Leong
05/07/2019
20:00 MYT
Insentif cukai, geran sehingga RM40 juta kepada penaja Ekspo 2020 Dubai
BEE YIN (tiga, kiri): Pelancaran hari ini menandakan bahawa #MyButterflyEffect akan membantu kami menempa kejayaan besar di Dubai. - ASTRO AWANI/ISABELLE LEONG
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) mengumumkan pemberian insentif dan geran sehingga RM40 juta bagi mengalakkan individu dan syarikat penaja untuk menyertai serta menyumbang dalam Ekspo 2020 Dubai.
Menterinya, Yeo Bee Yin mengumumkan Kementerian Kewangan telah meluluskan insentif cukai untuk sumbangan tunai atau penajaan penyertaan Malaysia di ekspo yang bakal berlangsung pada Oktober 2020 hingga April 2021 tersebut.
“Individu dan syarikat akan layak untuk potongan tujuh peratus dan 10 peratus daripada pendapatan agregat masing-masing di bawah Seksyen 44 (11C) (a) (b) Akta Cukai Pendapatan 1967, bermula 1 Julai 2019 hingga 10 April 2021,” kata Bee Yin pada majlis pelancaran Kempen My Butterfly Effect:Ekspo 2020 Dubai di Putrajaya pada Jumaat.
Tambahnya, bagi menggalakkan lebih banyak syarikat di Malaysia menyertai Pavilion Malaysia, Geran Pembangunan Pasaran yang bernilai RM200,000 diberikan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).
BACA: Yeo enggan ulas isu pencemaran Pasir Gudang, tumpuan pada Kempen #MyButterflyEffect
Ia akan diberikan kepada pemohon yang berjaya termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kesatuan sekerja dan penyedia perkhidmatan professional yang terlibat dalam aktiviti mempromosi eksport antarabangsa.
“Dengan semua kelebihan yang ada pada perniagaan menyertai ekspo dan usaha kami untuk memudahkan penyertaan, saya pasti bilangan peserta akan terus meningkat.
“Pelancaran hari ini menandakan bahawa #MyButterflyEffect akan membantu kami menempa kejayaan besar di Dubai. Janganlah kita memandang rendah terhadap uasaha secara konsisten melalui langkah-langkah kecil untuk menghasilkan impak besar,” tambahnya.
MESTECC menyasarkan seramai 1 juta pelawat ke Pavilion Malaysia dengan sekurang-kurangnya 20 delegasi daripada negara lain serta lebih 5,000 peserta menghadiri program-program tersebut.
Topic Berkaitan
#Ekspo 2020 Dubai
#Geran
#insentif cukai
#Kementerian Kewangan
#Matrade
#MESTECC
#Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
#Yeo Bee Yin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan