awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden campak ular: KPWKM sedia kaunseling murid terlibat

Bernama
Bernama
19/10/2016
12:56 MYT
Insiden campak ular: KPWKM sedia kaunseling murid terlibat
ROHANI: Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Tindakan mencampak ular bagi menguji keberanian murid adalah tidak patut dan ia akan menyeksa mental serta fizikal pelajar terbabit. -Gambar fail
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menawarkan khidmat kaunseling kepada sekumpulan murid sekolah rendah yang terlibat dalam kes ular dicampak ke dalam kolam bagi ujian bina diri di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.
Menteri berkenaan Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ia penting bagi memberi sokongan dan bimbingan kepada murid berkenaan dalam usaha memulihkan semangat mereka akibat insiden itu.
"Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku. Tindakan mencampak ular bagi menguji keberanian murid adalah tidak patut dan ia akan menyeksa mental serta fizikal pelajar terbabit...mereka akan menjadi trauma," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini, hari ini.
Satu rakaman video berdurasi lebih dua minit tersebar di media sosial dan mendapat kritikan netizen apabila beberapa murid di dalam kolam berselut menangis dan menjerit setelah ular dicampak ke dalamnya.
Rakaman itu juga menunjukkan beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyiram air dan menyergah pelajar sepanjang modul itu berlangsung.
Sebanyak 45 murid dari sebuah sekolah rendah di Kuala Kangsar menyertai modul latihan berkenaan di pekarangan pejabat APM Kuala Kangsar.
Rohani berkata beliau secara peribadi telah berjumpa dengan Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan supaya tindakan sewajarnya diambil berhubung perkara itu.
"Beliau (Kamalanathan) telah memberi jaminan bahawa perkara ini akan diselesaikan secepat mungkin dan tidak akan berulang," katanya. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kem bina diri
#Rohani Abdul Karim
#ular dalam kolam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan