KUCHING: Tindakan menggertak suami ketika bertengkar bertukar tragedi apabila pisau yang digunakan terkena bahagian paha mangsa sehingga membawa kepada pendarahan sebelum meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata dalam kejadian sekitar jam 10.30 malam Isnin itu, mangsa yang bertugas sebagai anggota tentera di Kem Penrissen, Kota Sentosa, di sini dipercayai telah bertengkar dengan isterinya.
Akibat pergaduhan tersebut pisau pemotong sayur yang digunakan suspek menggertak suaminya telah tertikam pada paha mangsa.
“Susulan itu, berlaku pendarahan yang banyak sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun mangsa yang berusia 28 tahun itu disahkan meninggal dunia selepas kehilangan banyak darah dipercayai akibat kesan luka tikaman.
Berikutan kejadian itu, pihak polis bertindak menahan suspek berusia 24 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan untuk proses permohonan reman dan turut dirampas sebilah pisau pemotong sayur dan pakaian suspek semasa insiden berdarah itu.
Pasangan itu dilaporkan mempunyai seorang anak.
Shafik Ahmad
Tue Apr 05 2022

Berikutan kejadian itu, pihak polis bertindak menahan suspek berusia 24 tahun bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Foto Polis Diraja Malaysia

Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976853/thumbnails/21944859291657155083138_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [7 Julai 2022]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Hakim Rahman dan Geegee Ahmad dalam #AWANIpagi Antara fokus AWANI Pagi hari ini merangkumi: - OPR naik 25 mata asas ke 2.25 peratus - Banjir Baling: Tak perlu ke kawasan bencana semata-mata untuk konten media sosial - Polis #AWANInews #MalaysiaSihat

Pemandu maut kereta rempuh tiang SmartTAG di LDP
Rempuhan itu menyebabkan mangsa, Wong Kok Wai, tersepit di tempat duduk pemandu.

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Kanak-kanak kritikal akibat dadah semakin pulih
Dr Noraini Abdul Rahman bagaimanapun berkata, buat sementara waktu, kanak-kanak berkenaan perlu minum menggunakan tiub melalui hidungnya.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Anggota tentera maut kereta dirempuh lori sebelum langgar pokok
Mangsa Muhammad Asyraf Romli, 22, yang bertugas di Kem Tentera, Sibu, Sarawak meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Insiden gertakan bertukar tragedi, anggota tentera maut ditikam isteri
Tindakan menggertak suami ketika bertengkar bertukar tragedi apabila pisau yang digunakan terkena bahagian paha mangsa sehingga maut.

Anggota tentera maut, isteri cedera dalam nahas kereta-lori di Gerik
Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azizi Ahmad, 25 dan isterinya Nur Kamaliah Md Nor, 24.

Dua anggota tentera maut kemalangan
Mangsa menaiki kereta jenis Proton Saga dalam perjalanan ke Kem Tentera Darat Mempaga di sini.

Anggota tentera maut kereta dipandu hilang kawalan di Felda Tebrau
Seorang anggota tentera maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Felda Tebrau, di sini, awal pagi tadi.

Anggota tentera maut tersepit kemalangan dengan lori tangki
Seorang anggota tentera maut dalam kemalangan yang membabitkan sebuah Perodua Kembara dengan sebuah lori tangki di Lebuhraya Timur Barat.

Dua anggota tentera maut dalam kemalangan di Seremban
Dua anggota Angkatan Tentera Darat maut manakala dua lagi cedera parah selepas kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi.