Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Johor memandang serius terhadap insiden video tular seorang jururawat terlatih sedang memberi bantuan pernafasan kepada seorang pesakit sambil melihat telefon bimbit.
Pengarah Kesihatan Negeri Johor Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata makluman dan siasatan awal pihak JKN Johor serta Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, mengesahkan bahawa pesakit tersebut dalam rawatan di HSA dan siasatan mendalam terhadap insiden itu kini sedang dijalankan.
"JKN Johor dan HSA telah pun berjumpa dengan waris keluarga bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci serta memberi penjelasan dan berbincang mengenai perkara ini.
"Anggota Jawatankuasa Penyiasatan yang terdiri dari pakar-pakar dan penyelia jururawat dari HSA dan JKN Johor telah memulakan siasatan," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik dalam Facebook JKN Johor hari ini.
Dr Selahuddeen berkata pihak HSA sememangnya mempunyai tatacara pengendalian pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan sambil menunggu untuk dihantar ke Unit Rawatan rapi (ICU) dan pihak JKN serta HSA memandang serius terhadap kakitangan yang tidak mematuhi ketetapan tersebut.
Beliau berkata jika terdapat unsur kecuaian hasil daripada penyiasatan itu, maka, kakitangan yang terlibat akan dikenakan tindakan tegas.
Katanya arahan penambahbaikan serta merta juga telah dikeluarkan kepada pihak HSA serta peringatan kepada lain-lain hospital bagi memastikan kepatuhan terhadap tatacara pengendalian pesakit dipatuhi sepenuhnya.
Dr Selahuddeen turut mengingatkan masyarakat bahawa pengambilan gambar dan video di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia adalah tidak dibenarkan terutamanya gambar atau video pesakit di dalam wad atau klinik kerana ia melanggar etika serta kerahsiaan pesakit.
"Individu yang mempunyai aduan atau cadangan membina terhadap perkhidmatan yang diberikan di fasiliti Kementerian Kesihatan dinasihatkan berhubung secara terus dengan pihak hospital atau klinik berkenaan agar penambahbaikan perkhidmatan dapat dilakukan serta merta," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Thu May 31 2018
JKN Johor memandang serius insiden video tular jururawat beri bantuan pernafasan kepada pesakit sambil melihat telefon bimbit. -Gambar hiasan/Shutterstock
AWANI Ringkas: Gaji dan elaun penjawat awam lebih RM2,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Laporan Bank Dunia: Puad cabar Fadhlina bermalam di rumah panjang, kawasan pedalaman
Puad Zakarshi mencabar Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk bermalam di rumah panjang bagi merasai sendiri kepayahan pelajar untuk mendapatkan pendidikan
Operasi darat Israel di Rafah akan cetus bencana kemanusiaan - WHO
Netanyahu berikrar pada Selasa, untuk menyerang Rafah, walaupun terdapat laporan kemungkinan perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.
MoT pantau rapi situasi letusan Gunung Ruang - Loke
Setakat ini letusan gunung berapi berkenaan telah menjejaskan sedikit ruang udara di Tawau, Sabah menyebabkan beberapa penerbangan ke daerah itu terpaksa dilencongkan.
SPRM Kelantan tahan pegawai kanan KADA buat tuntutan palsu
Lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 9.30 malam tadi selepas dipanggil ke pejabat SPRM untuk diambil keterangan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines sambung semula beberapa penerbangan ke Sabah, Labuan
Penerbangan yang terlibat ialah MH2660D (KUL-TWU) yang pada awalnya MH2660, serta MH2661D (TWU-KUL), pada mulanya MH2661.
SPRM tahan CEO syarikat pembekalan air, pemilik syarikat
Kedua-dua lelaki berusia 38 dan 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira pukul 4 petang semalam bagi membantu siasatan.
Menteri Kabinet zahir penghargaan kepada warga pekerja
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi meraikan sumbangan warga pekerja dengan sambutan tahun ini yang bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa'.
Bayi maut disyaki akibat didera, polis tahan empat individu
Polis menahan empat individu di sekitar sini yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang bayi perempuan berumur sembilan bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dipercayai akibat didera, minggu lalu.
Rasuah RM3.3 juta: CEO syarikat air, pemilik syarikat ditahan
Ketua pegawai eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat ditahan semalam berkaitan kes rasuah dan tuntutan palsu RM3.3 juta.
Lisa Marie Presley alami serangan jantung, dikejarkan ke hospital
Sumber memaklumkan pasukan paramedik memberi bantuan pernafasan kepada Lisa Marie pada Khamis di rumahnya di Calabasas sebelum dia dikejarkan ke hospital.
COVID-19: Tokyo rekod 17,790 kes baharu
Jumlah itu juga menyaksikan bandar raya itu mencatatkan kes baharu melebihi 10,000 untuk enam hari berturut-turut.
Ibu hamil perlu segera divaksin, jangkitan COVID-19 selepas 28 minggu lebih berisiko - Pakar
Ibu hamil yang dijangkiti COVID-19 akan mendapat simptom yang rendah, namun risiko semakin tinggi bergantung kepada usia kandungan.
COVID-19: Hampir 14,000 kes baharu belum divaksin, 98 peratus kes kategori 1,2
Lebih 98 peratus kes baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini berada dalam kategori 1 tidak bergejala dan kategori 2 bergejala ringan.
Pengalaman ngeri bekas pesakit COVID-19 bertarung nyawa di ICU
Semuanya bermula apabila dia makan malam dengan seorang rakan di sebuah restoran di Melaka pada 18 April lalu, dan kemudiannya dimaklumkan statusnya sebagai kontak rapat.
COVID-19: Penggunaan ICU hospital kerajaan di Johor sudah melebihi kapasiti
Seramai 49 pesakit COVID-19 sedang menerima rawatan di ICU di Johor, walaupun hanya 43 katil ICU dikhususkan untuk pesakit COVID-19.
COVID-19: Ini 5 tumpuan utama Dr Noor Hisham hari ini
Sebanyak 39 peratus daripada keseluruhan kes harian baharu COVID-19 yang dilaporkan hari ini direkodkan di Selangor.
COVID-19: 1,576 kes baharu, sifar kes di Perlis
Sebanyak 1,576 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini ialah 330,042 kes.
COVID-19: 1,123 kes baharu, 4 lagi kematian - Dr Noor Hisham
Dalam satu kenyataan, Dr Noor Hisham juga memberitahu sebanyak 1,143 kes sembuh sepenuhnya dan menjadikan jumlah kes sembuh COVID-19 kini adalah 60,204 kes.
COVID-19: 210 alat bantuan pernafasan bakal diagih ke hospital Sabah - Dr Noor Hisham
Ini bagi memenuhi keperluan tambahan peralatan ventilator di negeri bawah bayu itu.