MERSING: Operasi Carilamat ke atas tiga penyelam warga asing di perairan Pulau Tokong Sanggol diteruskan dengan sektor pencarian laut diperluaskan berikutan penemuan seorang mangsa Kristine Grodem, jurulatih selam warga Norway, kira-kira 22 batu nautika dari lokasi kejadian petang semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, sektor pencarian di laut diperluaskan sehingga 335.79 batu nautika persegi dan pencarian udara merangkumi keluasan 427.89 batu nautika persegi.

Jumlah keseluruhan sektor pencarian adalah 1,074 batu nautika persegi.

BACA: Penyelam hilang di Mersing: Jurulatih selam ditemui selamat

Dalam pada itu, mangsa yang berjaya diselamatkan, Grodem, 35, kini sedang menerima rawatan di Hospital Mersing.

Sehingga pagi ini, tiada petunjuk atau penemuan baharu barkaitan tiga lagi mangsa yang masih hilang iaitu Alexia Alexandria, 18 (Perancis), Adrian Peter, 46, (Britain) dan anaknya Nathen Renze, 14 (Belanda).

BACA: Operasi SAR tiga penyelam warga asing ditangguh

BACA: Tiga faktor boleh gugat peluang temui tiga penyelam warga asing dengan selamat