MERSING: Wanita warga Norway, Kristine Grodem, salah seorang daripada empat penyelam yang hilang di Mersing semalam, ditemui selamat hari ini.

Kristine, 35 tahun, dibawa dengan menaiki helikopter ke Stadium Mini Mersing, jam 12.05 tengah hari tadi.

Dia merupakan jurulatih selam kepada lelaki warga Britain, Adrian Peter, 46 tahun, dan anaknya Nathan Renze, 14 tahun, warga Belanda, dan wanita Perancis, Alexia Alexandra, 18 tahun, yang masih hilang ketika ini.

BACA: Penyelam hilang di Mersing: Dua beranak dikenal pasti antara empat warga asing

Dalam kejadian tengah hari semalam, empat warga asing itu hilang ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, di sini.