awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden renjatan elektrik: Pasukan petugas khas ditubuhkan, operasi bas digantung

Bernama
Bernama
03/11/2024
06:00 MYT
Insiden renjatan elektrik: Pasukan petugas khas ditubuhkan, operasi bas digantung
Menurut Loke, beliau telah mengarahkan APAD untuk segera menggantung operasi bas yang terlibat bagi membolehkan siasatan lanjut oleh JPJ. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas (Special Taskforce) dan menggantung serta-merta operasi bas terbabit dalam insiden renjatan elektrik sehingga meragut nyawa seorang remaja lelaki di Pulau Pinang pada Jumaat lepas.

Ringkasan AI
  • Penubuhan Pasukan Petugas Khas: Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas yang terdiri daripada JPJ, APAD, dan Miros untuk menyiasat insiden renjatan elektrik yang meragut nyawa seorang remaja di Pulau Pinang.
  • Penggantungan Operasi Bas: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengarahkan APAD untuk menggantung serta-merta operasi bas yang terlibat bagi membolehkan siasatan lanjut oleh JPJ.
  • Kenyataan dan Takziah: Anthony Loke menyatakan bahawa kementerian memandang serius insiden tersebut dan ingin memastikan keselamatan penumpang terjamin. Beliau juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata pasukan petugas khas ini terdiri daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).
Menurut Loke, beliau telah mengarahkan APAD untuk segera menggantung operasi bas yang terlibat bagi membolehkan siasatan lanjut oleh JPJ.
"Kementerian Pengangkutan memandang serius insiden renjatan elektrik yang meragut nyawa seorang remaja ketika beliau sedang mengecas telefon dalam bas ekspres yang dinaikinya.
"(Pasukan petugas khas) diaktifkan untuk menyiasat punca insiden tersebut bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang dan keselamatan penumpang sentiasa terjamin. Saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika cuba mengecas telefon bimbit di soket dalam sebuah bas ekspres di Penang Sentral, Pulau Pinang pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Anuar Abd Rahman berkata mangsa Mohamad Nur Asymawi Jasmadi,18, ditemukan maut dalam kejadian kira-kira pukul 6.10 petang.
Hasil pemeriksaan awal polis terhadap tubuh mangsa mendapati terdapat kesan melecur di jari sebelah kiri, yang disyaki berpunca daripada renjatan elektrik. Pemeriksaan turut mendapati penghujung kabel yang digunakan cair, dan telefon bimbit mangsa berada dalam keadaan panas, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden renjatan elektrik
#remaja lelaki maut
#pasukan petugas khas
#Anthony Loke
#mengecas telefon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan