awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony

Bernama
Bernama
19/02/2025
05:45 MYT
Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
Media melaporkan Sim yang juga Menteri Sumber Manusia telah dilempar kata-kata kasar pada majlis makan malam sebagai tanda penghargaan terhadap veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang, pada malam Sabtu. - Gambar fail
PETALING JAYA: DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata setakat ini jawatankuasa disiplin belum menerima sebarang laporan berkaitan kejadian itu.
"Setakat ini tiada aduan diterima. Sekiranya ada aduan, sudah tentu akan ada siasatan oleh jawatankuasa disiplin... ia prosedur biasa.
"Setakat ini individu terlibat telah memohon maaf dan individu yang dimarahinya juga telah menerima permohonan maaf terbabit," kata Loke yang juga Menteri Pengangkutan ketika ditemui pada pelancaran perkhidmatan Ninja Cold dan sambutan ulang tahun ke-10 Ninja Van di Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata jawatankuasa disiplin akan mengambil tindakan sewajarnya dan menyiasat isu berkenaan sekiranya terdapat sebarang isu yang dibangkitkan oleh ahli atau aduan yang dikemukakan kepada mereka.
Media melaporkan Sim yang juga Menteri Sumber Manusia telah dilempar kata-kata kasar pada majlis makan malam sebagai tanda penghargaan terhadap veteran DAP Tan Sri Lim Kit Siang, pada malam Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Steven Sim
#marah
#Anthony Loke
#DAP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan