KUALA LUMPUR: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Pandan Indah mengambil risiko dengan tidak meninggalkan satu-satunya mangsa terselamat dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2 meskipun berdepan gelombang ketiga runtuhan tanah ketika melakukan operasi menyelamat, Khamis lepas.
Menceritakan detik cemas berkenaan, Ketua Zon 4 Hulu Langat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Shahrin Isma Mat Yusof berkata sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, pihaknya menjalankan analisis risiko di lokasi.
Katanya, semasa membuat analisis risiko berkenaan, anggota bomba menemukan seorang mangsa pertama lelaki warga emas, 85, yang masih hidup namun terperangkap di antara dinding rumah dan peti sejuk yang dihempap bongkah batu.
"Pada masa itu, keutamaan kami adalah mahu mengeluarkan mangsa berkenaan dan ketika operasi mengeluarkan mangsa dijalankan tiba-tiba berlaku (runtuhan tanah) gelombang ketiga.
"Walaupun berlaku gelombang ketiga, anggota yang bertugas mengambil keputusan untuk tidak meninggalkan mangsa walaupun mengetahui bahaya yang boleh menimpa mereka," katanya kepada pemberita di Balai Bomba dan Penyelamat Pandan Indah, di sini.
Shahrin Isma berkata, mereka bernasib baik apabila gelombang ketiga runtuhan tanah berkenaan tidak mendatangkan impak besar di lokasi kejadian.
"Kami berjaya mengeluarkan mangsa pertama dalam tempoh 30 minit sebelum meneruskan operasi mencari mangsa kedua yang juga isteri kepada lelaki terlibat," katanya.
Sementara itu, Ketua Operasi Pasukan Ameran Mura berkata pihaknya masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap dengan memotong jeriji sebelum menjumpai lelaki itu tersepit dengan badannya dihimpit pintu peti sejuk manakala dadanya rapat ke dinding.
"Ketika itu, kami dengar mangsa cakap "tolong saya, bantu saya" berulang kali dan saya minta anggota untuk berkomunikasi dengannya dan memaklumkan bantuan telah sampai. Kami cuba menenangkan mangsa dan memastikan dia sentiasa dalam keadaan sedar, kami perlu tahu kecederaan apa dialaminya," katanya.
Beliau berkata melalui maklumat diperoleh daripada mangsa terbabit, pihak bomba mengetahui ada seorang lagi mangsa yang berada di dalam rumah itu.
"Oleh yang demikian, ini memudahkan pihak kami melakukan proses pengesanan mangsa berkenaan," katanya.
Seorang lagi anggota bomba, Muhamad Zalwi Ghazali berkata dia bersama dua lagi anggota ditugaskan untuk mengangkat peti sejuk seberat 100 kilogram bagi mengeluarkan mangsa pertama yang tersepit.
"Kami sedaya-upaya menyelamatkan mangsa secara manual dengan mengetuk bongkah batu yang menghimpit peti sejuk berkenaan," katanya.
Pada Khamis lepas, insiden tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, Ampang dekat sini, meragut empat nyawa dan menyebabkan seorang cedera ringan selain menyaksikan 15 rumah serta 10 kenderaan terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 12 2022
Shahrin Isma berkata, mereka bernasib baik apabila gelombang ketiga runtuhan tanah berkenaan tidak mendatangkan impak besar di lokasi kejadian. - Bernama
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Australia tekan gergasi teknologi bayar kandungan berita
Australia bercadang memperkenalkan peraturan baharu untuk memastikan syarikat teknologi besar membayar syarikat media atas kandungan berita yang dipaparkan di platform mereka.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
Penolong Bendahari dan Menteri Perkhidmatan Kewangan, Stephen Jones, mengumumkan langkah ini sebagai "inisiatif tawar-menawar berita" yang bertujuan mewujudkan insentif kewangan bagi perjanjian komersial antara platform digital dan perniagaan media Australia.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
13 hilang tapak projek kereta api runtuh di China
Biro pengurusan kecemasan daerah Baoan melaporkan tanah di bawah tapak rel Shenzhen-Jiangmen runtuh secara tiba-tiba pada Khamis malam.
Angka korban banjir di selatan Thailand meningkat, hampiri 30 orang
Wilayah terjejas yang sudah bergelut dengan arus deras banjir sedang bersiap sedia untuk hujan lebih lebat dalam beberapa hari akan datang.
Perak siap sedia hadapi gelombang kedua banjir - MB
Perak bersiap sedia menghadapi risiko gelombang kedua banjir yang mungkin melanda negeri ini dengan jangkaan taburan hujan yang tinggi berlaku di kawasan Hulu Perak.
MTL: Pihak berkaitan diarah pergiat pantau lokasi berisiko tanah runtuh - Ahmad Zahid
Pastikan kejadian tanah runtuh seperti yang berlaku di Kampung Bukit Apit, Ajil, yang mengorbankan dua beradik, petang semalam, tidak berulang.
Lagi tanah runtuh hempap rumah penduduk di Ajil
Insiden menimpa rumahnya berlaku dalam tempoh sama dengan tragedi tanah runtuh yang menyebabkan dua beradik maut di Kampung Bukit Apit.
Tanah runtuh: 14 penduduk Kampung Laloh diarah pindah segera
Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati kawasan tersebut sudah tidak selamat untuk diduduki.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 November 2024.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
3 sekeluarga terperangkap rumah dihempap tanah runtuh
Tiga individu dipercayai daripada satu keluarga terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu di sini petang ini.
Banjir, tanah runtuh ragut 31 nyawa di Sumatera Utara Indonesia
Hujan berterusan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di wilayah Sumatera Utara Indonesia, menyebabkan sekurang-kurangnya 31 orang maut.