awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Insiden tembakan: Modul latihan pengawal keselamatan akan ditambah baik

Bernama
Bernama
20/02/2025
11:37 MYT
Insiden tembakan: Modul latihan pengawal keselamatan akan ditambah baik
Saifuddin Nasution berkata cadangan penambahbaikan modul itu meliputi aspek tangkapan dan rampasan, rondaan dan kawalan kawasan larangan, komunikasi berkesan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Selangor baru-baru ini membuka satu dimensi baharu terhadap keperluan menambah baik modul latihan kepada pengawal keselamatan terutama dari segi teori dan amali.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata cadangan penambahbaikan modul itu meliputi aspek tangkapan dan rampasan, rondaan dan kawalan kawasan larangan, komunikasi berkesan.
"Pada momen itu keselamatan awam diutamakan apakah langkah segera yang pengawal keselamatan boleh ambil, peranan dan tanggungjawab mereka di tempat kejadian sebelum polis sampai itu sudah dibincangkan ekoran peristiwa baru-baru ini," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Dewan Rakyat hari ini.
Pada 8 Feb, media melaporkan berlaku kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam pada 10.50 malam, menyebabkan seorang pekerja pembersihan cedera.
Beliau berkata KDN menjadi agensi kawal selia yang bertanggungjawab mengeluarkan lesen kepada syarikat kawalan keselamatan yang memiliki pasaran industri besar antara RM10 bilion hingga RM12 bilion setahun.
"Syarikat keselamatan yang kita keluarkan lesen ini sekitar 1,200, sebelum mereka boleh beroperasi pengawal keselamatan perlu melalui modul latihan yang disediakan polis.
"Insiden terbaru ini membuka satu dimensi baharu sebab situasi pada waktu itu dalam kompleks beli-belah nyawa awam terancam dan pusat beli-belah itu mendapatkan perkhidmatan kawalan keselamatan daripada syarikat pengawal keselamatan," katanya.
Beliau berkata ketika ini juga garis panduan keselamatan premis perniagaan juga sudah ada di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pihak Berkuasa Tempatan dan Perintah Tetap Ketua Polis Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#insiden tembakan
#Setia Alam
#Saifuddin Nasution
#pengawal keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan