awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Inspektor polis didakwa curi wang RM300,000, tidak tangkap suspek

Bernama
Bernama
07/03/2025
15:45 MYT
Inspektor polis didakwa curi wang RM300,000, tidak tangkap suspek
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa dan Nursyuhada Husna Sulaiman manakala tertuduh diwakili peguam Huang Yee Ching. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor mengaku tidak bersalah di dua mahkamah berasingan di sini hari ini atas dua pertuduhan mencuri wang tunai RM300,000 serta tidak menangkap suspek yang terlibat dalam kesalahan di bawah Akta Senjata, bulan lepas.
Bagi pertuduhan pertama, Azlan Sudin, 45, didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas mencuri wang dan beg milik wanita berusia 35 tahun di sebuah unit kondominium di Bukit Jalil, Cheras antara 5.45 petang hingga 6.20 petang pada 21 Feb.
Pertuduhan di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan itu dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, Azlan didakwa dengan sengaja tidak menangkap seorang suspek lelaki berusia 35 tahun yang terlibat dalam kesalahan di bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 di lobi Balai Polis Bukit Jalil, Cheras antara 6.50 petang hingga 7 petang pada 21 Feb lepas.
Dia dituduh di hadapan Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim mengikut Seksyen 221 (c) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda, jika sabit kesalahan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa dan Nursyuhada Husna Sulaiman manakala tertuduh diwakili peguam Huang Yee Ching.
Kedua-dua mahkamah membenarkan Azlan diikat jamin masing-masing RM3,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 21 Mei untuk sebutan kes.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#mahkamah
#penjara maksimum
#inspektor
#Akta Senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan