awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Inspektor Sheila' akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat

Sinar Harian
Sinar Harian
11/11/2025
06:35 MYT
'Inspektor Sheila' akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat
Fadil (foto) berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes itu dan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin. -Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang wanita dikenali sebagai 'Inspektor Sheila' yang didakwa memperlekeh anggota polis akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat.

Ringkasan AI
  • Seorang wanita yang dikenali sebagai 'Inspektor Sheila' akan didakwa di mahkamah atas tuduhan memperlekehkan anggota polis dalam kejadian pada 4 November lepas.
  • Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menyatakan bahawa kertas siasatan kes tersebut telah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan tindakan undang-undang akan diambil dalam masa terdekat.
  • Inspektor Sheila juga pernah digantung tugas sejak 23 Jun 2023 disebabkan kes-kes sebelum ini termasuk menghina anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes itu dan diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin.
"Siasatan telah selesai, kita akan tuduh dia (Inspektor Shiela) di mahkamah dalam masa terdekat," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri sambutan Deepavali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pada Selasa.
Dalam kejadian jam 9.30 malam pada 4 November lalu, wanita itu didakwa menuduh anggota polis yang sedang menahan dan memeriksa seorang lelaki warga Pakistan memandu tanpa lesen sah, tidak mengetahui undang-undang.
Wanita terbabit turut mendakwa anggota polis mengugut lelaki warga Pakistan berkenaan selain turut diperlekehkan.
Susulan itu, anggota polis berkenaan kemudian membuat laporan polis sebelum kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas kesalahan menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil kerana melakukan penghinaan.
Terdahulu tular video yang dimuat naik wanita terbabit di laman media sosial dan mendakwa anggota polis mengugut warga Pakistan yang menunggang motosikal tanpa lesen.
Inspektor Sheila telah digantung tugas sejak 23 Jun 2023, berhubung beberapa kes lampau termasuk menghina anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas. -Sinar Harian

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Siapakah Inspektor Sheila yang bakal didakwa di mahkamah dalam masa terdekat? A: Inspektor Sheila dikenali kerana didakwa memperlekeh anggota polis dan akan dihadapkan ke mahkamah.
  • Q: Apakah kesalahan yang dituduhkan kepada Inspektor Sheila? A: Inspektor Sheila didakwa menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan penghinaan terhadap anggota polis.
  • Q: Mengapa Inspektor Sheila digantung tugas sejak 23 Jun 2023? A: Inspektor Sheila digantung tugas berhubung kes lampau termasuk menghina anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas.
  • Q: Bagaimana pihak berkuasa merespon dakwaan bahawa Inspektor Sheila memperlekehkan polis yang menahan seorang lelaki warga Pakistan? A: Anggota polis yang dituduh kemudian membuat laporan polis atas tindakan Inspektor Sheila, dan kertas siasatan telah diserahkan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Topic Berkaitan
#Inspektor Sheila
#Fadil Marsus
#Timbalan Pendakwa Raya
#perlekeh anggota polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan