KUALA LUMPUR: Sebanyak 39 kluster dengan 1,420 kes melibatkan sub kategori sekolah atau institusi Kementerian Pendidikan (KPM) telah dikesan dari 1 Jan hingga 20 April lepas.
Berdasarkan infografik disiar di Twitter rasmi Kementerian Kesihatan (KKM), kluster melibatkan institusi pendidikan merekodkan peningkatan sekali ganda daripada enam kepada 12 kluster dalam tempoh tujuh hari pada minggu lepas.
Berikutan itu sejumlah sekolah di beberapa buah negeri diarah tutup bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dalam kalangan pelajar dan warga pendidik.
Pada 18 April, semua sekolah dan institusi pendidikan yang berada di tujuh jajahan di Kelantan di arah tutup susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu hingga 24 April.
Seterusnya pada 20 April, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist di Jalan Sungai Daun, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang diarah tutup berikutan kes COVID-19 di sekolah itu dan dijangka dibuka semula pada 26 April.
Pada hari sama, sebanyak 19 sekolah di Selangor turut ditutup melibatkan 11 sekolah menengah, enam sekolah rendah, satu sekolah menengah agama dan satu sekolah jenis kebangsaan berikutan kemunculan kluster pandemik COVID-19.
Turut diarah berbuat demikian pada tarikh berkenaan, dua buah sekolah di Johor Bahru, Johor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Daya 3 dan Sekolah Kebangsaan Taman Daya.
Pada 21 April, bilangan sekolah yang terpaksa ditutup di Johor meningkat sebanyak 27 sekolah setelah merekodkan kes positif COVID-19 dalam kalangan petugas, murid serta pelajarnya membabitkan 10 sekolah agama dan 17 lagi adalah sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah jenis kebangsaan.
Hari ini, enam buah sekolah lagi di Johor ditutup bagi memberi laluan pengesanan aktif dan operasi sanitasi susulan kes COVID-19 sejak semalam, menjadikan jumlah sekolah terlibat di negeri itu meningkat kepada 33 buah berbanding 27 sekolah dua hari lepas.
Untuk rekod, sekolah menengah mula dibuka semula pada 4 April melibatkan Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala Kumpulan B memulakan persekolahan pada 5 April.
Murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua pula dibenarkan ke sekolah rendah bermula 1 Mac, manakala murid Tahun Tiga hingga Enam hadir ke sekolah mulai 8 Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 23 2021
Kluster melibatkan institusi pendidikan merekodkan peningkatan sekali ganda daripada enam kepada 12 kluster dalam tempoh tujuh hari pada minggu lepas. - Gambar fail
Tehran adakan pengebumian besar-besaran untuk Presiden Raisi dan mangsa nahas helikopter
Rakyat Iran dari seluruh pelosok negara berhimpun di Tehran bagi menyertai upacara perarakan jenazah presiden dan mangsa-mangsa nahas.
Wee Kiong belum fikir bersara dari arena badminton
Walaupun bersara berada dalam 'pertimbangan', dia enggan terburu-buru meletakkan sebarang tempoh masa berhubung perkara itu.
HBN 2024: Polis Melaka tawar 50 peratus diskaun saman
PDRM tawar diskaun saman 50 peratus kepada pesalah trafik pada Sabtu dan Ahad ini sempena sambutan Hari Belia Negara 2024 Peringkat Kebangsaan.
Lindungi estet keempat, pastikan media arus perdana terus dipercayai - SJA
Katanya, pihak berkenaan juga perlu memastikan media arus perdana kekal sebagai sumber maklumat yang boleh dipercayai untuk masyarakat.
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu cipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records.
Kejohanan MSSD kecoh pelajar dikatakan cuba pukul pengadil
Berdasarkan rakaman video yang tular, berlaku pergaduhan antara pemain sebelum seorang pelajar menolak pengadil secara tiba-tiba.
Program latihan, penglibatan pihak berkepentingan penting untuk basmi kemiskinan - Ahli akademik
Program latihan dan penglibatan pihak berkepentingan adalah perlu bagi menjayakan pelaksanaan reformasi yang berkesan untuk memerangi kemiskinan.
Pilihan raya Britain ditetap pada 4 Julai
Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak menetapkan 4 Julai 2024 sebagai tarikh pilihan raya negara itu.
Wanita maut, seorang cedera kereta bertembung lori kontena
Seorang wanita maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori kontena.
To Lam Sah kemudi kerajaan baharu Vietnam
To Lam secara rasminya mengetuai kerajaan baharu Vietnam selepas selesai mengangkat sumpah pada Rabu.
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan bermula tahun ini - Abang Johari
Persiapan Sarawak untuk RMK13 akan dimulakan tahun ini dengan tumpuan utama untuk melaksanakan fasa kedua PCDS 2030.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.
Isu tunggakan cetakan MyKid bakal selesai Julai ini - JPN
Isu cetakan MyKid yang tertunggak akibat masalah perolehan bekalan mikrocip semasa pandemik COVID-19 lalu dijangka dapat diselesaikan pada Julai ini secara berperingkat di seluruh negara.
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.